Tuesday, January 26, 2010

HMCard!


Penjualan HMCard dan Baju dibuka sekarang.

TERMA DAN SYARAT PRA-PESANAN HMCARD + JERSI HARIMAU MALAYA

(a) Promosi pakej kad keistimewaan HMCARD dan jersi Harimau Malaya (“pakej tersebut”) hanyalah bagi tempoh bermula 12 January hingga 14 February 2010 dan sebarang lanjutan kepada pakej tersebut adalah tertakluk kepada budibicara mutlak pihak pengurusan HarimauMalaya.Com (HMC).

(b) Pakej tersebut hanyalah dikhaskan untuk pra-pesanan bagi satu (1) HMCARD dan satu (1) jersi Harimau Malaya sahaja. Ini bertujuan untuk mengumpul maklumat-maklumat peribadi bagi setiap pemegang HMCARD.

(c) Setiap individu yang berhasrat membuat pra-pesanan untuk pakej tersebut perlulah mendepositkan Ringgit Malaysia Lima Puluh Lima Sahaja (RM55.00) ke dalam akaun wakil penjualan yang dilantik HMC, Altra Et Cetera Enterprise, seperti berikut:

(i) Bank : Maybank Berhad
Pemegang Akaun : Altra Et Cetera Enterprise
No. Akaun : 562302007625
Jenis Akaun : Akaun Simpanan Tetap (Current Account)

(ii) Bank : CIMBbank Berhad
Pemegang Akaun : Altra Et Cetera Enterprise
No. Akaun : 12240010618056
Jenis Akaun : Akaun Simpanan Tetap (Current Account)

ANDA DIINGATKAN supaya menyimpan rekod nombor rujukan pembayaran untuk dimasukkan ke dalam borang pesanan seperti yang dinyatakan di perenggan (d) di bawah.

(d) Proses pra-pesanan perlulah dibuat melalui borang pesanan internet yang disediakan di pautan http://ligalima.wufoo.com/forms/prapesa ... si-rm5500/ (“borang pesanan tersebut”)

(e) Borang pesanan tersebut perlulah diisikan dengan lengkap dan tepat sebelum layak diproses. Pihak pengurusan HMC tidak bertanggungjawab kepada sebarang kerugian yang ditanggung disebabkan oleh sebarang maklumat yang tidak lengkap atau tepat yang telah diberikan.

(f) Pemberian nombor siri HMCARD adalah berdasarkan pesanan yang dibuat mengikut urutan kronologi pesanan-pesanan yang dibuat (first-come, first-served basis) dan nombor siri yang belum diberikan dan, untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, sebarang nombor rujukan yang diberikan kepada pra-pesanan tersebut tidak semestinya mewakili nombor siri HMCARD yang akan diberikan kepada pemegang-pemegang HMCARD tersebut. Pihak pengurusan HMC memelihara hak-haknya secara mutlak untuk memberikan mana-mana nombor siri HMCARD kepada mana-mana individu yang dirasakan sesuai.

(g) Ciri-ciri tambahan kepada pakej tersebut, termasuk pencetakan nama samaran di HMC (nickname) pada HMCARD dan khidmat meletak nama dan nombor kepada jersi, tidak akan disediakan.

(h) Sebarang pra-pesanan yang dibuat adalah tertakluk stok yang ada dan pihak pengurusan HMC berhak membatalkan mana-mana pra-pesanan sekiranya syarat tersebut tidak dapat dipenuhi dan semua wang yang telah diterima bagi pra-pesanan tersebut akan dikembalikan.

(i) Penghantaran bagi pakej tersebut akan dibuat dalam tempoh masa dua (2) minggu daripada tarikh pembayaran dibuat melalui khidmat kurier nasional Poslaju.

(j) Sebarang aduan bagi mana-mana barangan yang defektif perlulah dibuat dalam masa tiga (3) hari dari tarikh penerimaan dan perlulah diajukan ke alamat e-mel: altra.etc@gmail.com. Sebarang tuntutan di bawah perenggan ini tidak terpakai kepada kerosakan yang telah disebabkan oleh pembeli sendiri dan / atau dibuat selepas tempoh aduan yang ditetapkan. Barangan yang dinyatakan sebagai defektif perlulah dikembalikan secara keseluruhannya kepada pihak pengurusan HMC sebelum sebarang penggantian barangan dibuat dan, untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, sebarang tuntutan pengembalian wang tidak akan dilayan.

(k) Pihak pengurusan HMC berhak meminda sebarang terma dan syarat di sini pada bila-bila masa tanpa makluman lanjut.

(L) Terdapat Dua Jenis baju yang disediakan
i) Baju HOme belang kuning hitam
ii) Baju Away Jalur merah putih kuning.

Sebarang Pertanyaan boleh diajukan disini atau email.

altra.etc@gmail.com / perwaja@gmail.com

Marketing!

Adakah Persatuan Bola Sepak negeri di Malaysia ini perlukan idea yang lebih baik untuk memulakan konsep marketing mereka?Sila ambil contoh kelab-kelab Bundesliga di Jerman. Se-gah mana pun nama Bayern Munich di dunia ini, mereka masih mengeluarkan produk yang tertera logo pasukan mereka; hinggakan toaster sekali pun tidak terlepas. Pasukan di Malaysia bagaimana?




Saturday, January 9, 2010

Bermulanya Liga Kampung Malaysia untuk tahun keduanya!


P/S: Poster ini adalah BUKAN keluaran FAM. Harap Maklum

Thursday, January 7, 2010

Hebahan Umum


Selaras dengan kebangkitan skuad muda bolasepak kebangsaan, HARIMAUMALAYA.COM (HMC) kini juga melangkah maju setapak lagi. Untuk memastikan kejayaan yang berterusan HMC sebagai komuniti bolasepak terunggul di Malaysia dan terus kekal relevan, beberapa perancangan telah direncanakan untuk tahun 2010.

Beberapa projek yang bakal dijalankan untuk tahun 2010 tersebut termasuklah aktiviti-aktiviti yang diharapkan dapat menarik lebih ramai peminat bolasepak tempatan untuk bersama-bersama di bawah wadah dan panji perjuangan HMC untuk menyokong industri bolasepak Malaysia.

HMC dengan ini berbangga untuk mengumumkan bahawa, sebagai penghargaan kepada penyokong-penyokong bolasepak Malaysia di HMC, kad keistimewaan dan penghargaan HMCARD akan dibuka untuk penjualan kepada umum bermula Januari 2010.

Tujuan penjualan HMCARD ini adalah untuk menjana dana bagi aktiviti-aktiviti HMC, seperti projek kain rentang raksasa yang kini giat diperlengkapkan dan projek bolasepak LIGALIMA, di samping memberikan keistimewaan dan penghargaan kepada ahli-ahli HMC melalui diskaun barangan dan sebagainya. Contoh-contoh keistimewaan yang bakal dinikmati adalah diskaun bagi jersi istimewa HMC dan barangan rasmi yang lain, diskaun barangan sukan jenama terbaru yang akan diperkenalkan, diskaun tempahan gelanggang futsal dan banyak lagi keistimewaan yang akan diumumkan dari masa ke semasa.

Sehubungan dengan itu, maklumat-maklumat yang diterima daripada pemegang-pemegang HMCARD akan disimpan di pengkalan data dan digunakan sebagai ‘database’ bagi tujuan pendaftaran HMC sebagai sebuah pertubuhan atau persatuan rasmi di masa hadapan. Langkah-langkah berkaitan penubuhan ini juga kini sedang giat dijalankan.

Bagi tujuan kemudahan pengendalian penjualan dan penghantaran HMCARD ini kepada ahli-ahli HMC, Altra Et Cetera Enterprise, firma yang dikenali dengan perniagaan jersi-jersi bolasepak Malaysia melalui laman web AKUALTRA.COM, adalah dilantik sebagai wakil HMC dalam pengendalian penjualan dan penghantaran HMCARD ini.

HMCARD akan dijual secara pakej bersama baju HMC pada harga RM55 termasuk kos penghantaran dan penjualan akan dibuka secara rasmi dalam pengumuman seterusnya. Nantikan ketibaan HMCARD ini!