Showing posts with label HMC. Show all posts
Showing posts with label HMC. Show all posts

Tuesday, January 26, 2010

HMCard!


Penjualan HMCard dan Baju dibuka sekarang.

TERMA DAN SYARAT PRA-PESANAN HMCARD + JERSI HARIMAU MALAYA

(a) Promosi pakej kad keistimewaan HMCARD dan jersi Harimau Malaya (“pakej tersebut”) hanyalah bagi tempoh bermula 12 January hingga 14 February 2010 dan sebarang lanjutan kepada pakej tersebut adalah tertakluk kepada budibicara mutlak pihak pengurusan HarimauMalaya.Com (HMC).

(b) Pakej tersebut hanyalah dikhaskan untuk pra-pesanan bagi satu (1) HMCARD dan satu (1) jersi Harimau Malaya sahaja. Ini bertujuan untuk mengumpul maklumat-maklumat peribadi bagi setiap pemegang HMCARD.

(c) Setiap individu yang berhasrat membuat pra-pesanan untuk pakej tersebut perlulah mendepositkan Ringgit Malaysia Lima Puluh Lima Sahaja (RM55.00) ke dalam akaun wakil penjualan yang dilantik HMC, Altra Et Cetera Enterprise, seperti berikut:

(i) Bank : Maybank Berhad
Pemegang Akaun : Altra Et Cetera Enterprise
No. Akaun : 562302007625
Jenis Akaun : Akaun Simpanan Tetap (Current Account)

(ii) Bank : CIMBbank Berhad
Pemegang Akaun : Altra Et Cetera Enterprise
No. Akaun : 12240010618056
Jenis Akaun : Akaun Simpanan Tetap (Current Account)

ANDA DIINGATKAN supaya menyimpan rekod nombor rujukan pembayaran untuk dimasukkan ke dalam borang pesanan seperti yang dinyatakan di perenggan (d) di bawah.

(d) Proses pra-pesanan perlulah dibuat melalui borang pesanan internet yang disediakan di pautan http://ligalima.wufoo.com/forms/prapesa ... si-rm5500/ (“borang pesanan tersebut”)

(e) Borang pesanan tersebut perlulah diisikan dengan lengkap dan tepat sebelum layak diproses. Pihak pengurusan HMC tidak bertanggungjawab kepada sebarang kerugian yang ditanggung disebabkan oleh sebarang maklumat yang tidak lengkap atau tepat yang telah diberikan.

(f) Pemberian nombor siri HMCARD adalah berdasarkan pesanan yang dibuat mengikut urutan kronologi pesanan-pesanan yang dibuat (first-come, first-served basis) dan nombor siri yang belum diberikan dan, untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, sebarang nombor rujukan yang diberikan kepada pra-pesanan tersebut tidak semestinya mewakili nombor siri HMCARD yang akan diberikan kepada pemegang-pemegang HMCARD tersebut. Pihak pengurusan HMC memelihara hak-haknya secara mutlak untuk memberikan mana-mana nombor siri HMCARD kepada mana-mana individu yang dirasakan sesuai.

(g) Ciri-ciri tambahan kepada pakej tersebut, termasuk pencetakan nama samaran di HMC (nickname) pada HMCARD dan khidmat meletak nama dan nombor kepada jersi, tidak akan disediakan.

(h) Sebarang pra-pesanan yang dibuat adalah tertakluk stok yang ada dan pihak pengurusan HMC berhak membatalkan mana-mana pra-pesanan sekiranya syarat tersebut tidak dapat dipenuhi dan semua wang yang telah diterima bagi pra-pesanan tersebut akan dikembalikan.

(i) Penghantaran bagi pakej tersebut akan dibuat dalam tempoh masa dua (2) minggu daripada tarikh pembayaran dibuat melalui khidmat kurier nasional Poslaju.

(j) Sebarang aduan bagi mana-mana barangan yang defektif perlulah dibuat dalam masa tiga (3) hari dari tarikh penerimaan dan perlulah diajukan ke alamat e-mel: altra.etc@gmail.com. Sebarang tuntutan di bawah perenggan ini tidak terpakai kepada kerosakan yang telah disebabkan oleh pembeli sendiri dan / atau dibuat selepas tempoh aduan yang ditetapkan. Barangan yang dinyatakan sebagai defektif perlulah dikembalikan secara keseluruhannya kepada pihak pengurusan HMC sebelum sebarang penggantian barangan dibuat dan, untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, sebarang tuntutan pengembalian wang tidak akan dilayan.

(k) Pihak pengurusan HMC berhak meminda sebarang terma dan syarat di sini pada bila-bila masa tanpa makluman lanjut.

(L) Terdapat Dua Jenis baju yang disediakan
i) Baju HOme belang kuning hitam
ii) Baju Away Jalur merah putih kuning.

Sebarang Pertanyaan boleh diajukan disini atau email.

altra.etc@gmail.com / perwaja@gmail.com

Saturday, January 9, 2010

Bermulanya Liga Kampung Malaysia untuk tahun keduanya!


P/S: Poster ini adalah BUKAN keluaran FAM. Harap Maklum

Thursday, January 7, 2010

Hebahan Umum


Selaras dengan kebangkitan skuad muda bolasepak kebangsaan, HARIMAUMALAYA.COM (HMC) kini juga melangkah maju setapak lagi. Untuk memastikan kejayaan yang berterusan HMC sebagai komuniti bolasepak terunggul di Malaysia dan terus kekal relevan, beberapa perancangan telah direncanakan untuk tahun 2010.

Beberapa projek yang bakal dijalankan untuk tahun 2010 tersebut termasuklah aktiviti-aktiviti yang diharapkan dapat menarik lebih ramai peminat bolasepak tempatan untuk bersama-bersama di bawah wadah dan panji perjuangan HMC untuk menyokong industri bolasepak Malaysia.

HMC dengan ini berbangga untuk mengumumkan bahawa, sebagai penghargaan kepada penyokong-penyokong bolasepak Malaysia di HMC, kad keistimewaan dan penghargaan HMCARD akan dibuka untuk penjualan kepada umum bermula Januari 2010.

Tujuan penjualan HMCARD ini adalah untuk menjana dana bagi aktiviti-aktiviti HMC, seperti projek kain rentang raksasa yang kini giat diperlengkapkan dan projek bolasepak LIGALIMA, di samping memberikan keistimewaan dan penghargaan kepada ahli-ahli HMC melalui diskaun barangan dan sebagainya. Contoh-contoh keistimewaan yang bakal dinikmati adalah diskaun bagi jersi istimewa HMC dan barangan rasmi yang lain, diskaun barangan sukan jenama terbaru yang akan diperkenalkan, diskaun tempahan gelanggang futsal dan banyak lagi keistimewaan yang akan diumumkan dari masa ke semasa.

Sehubungan dengan itu, maklumat-maklumat yang diterima daripada pemegang-pemegang HMCARD akan disimpan di pengkalan data dan digunakan sebagai ‘database’ bagi tujuan pendaftaran HMC sebagai sebuah pertubuhan atau persatuan rasmi di masa hadapan. Langkah-langkah berkaitan penubuhan ini juga kini sedang giat dijalankan.

Bagi tujuan kemudahan pengendalian penjualan dan penghantaran HMCARD ini kepada ahli-ahli HMC, Altra Et Cetera Enterprise, firma yang dikenali dengan perniagaan jersi-jersi bolasepak Malaysia melalui laman web AKUALTRA.COM, adalah dilantik sebagai wakil HMC dalam pengendalian penjualan dan penghantaran HMCARD ini.

HMCARD akan dijual secara pakej bersama baju HMC pada harga RM55 termasuk kos penghantaran dan penjualan akan dibuka secara rasmi dalam pengumuman seterusnya. Nantikan ketibaan HMCARD ini!

Wednesday, November 11, 2009

Iklan..




Walaupun tertera diposter pertama; poster keluaran FAM, venue perlawanan adalah di Stadium Nasional Bukit Jalil, diharap pembaca sekalian jangan mudah terpedaya dengan propaganda sebegini rupa. Berdasarkan pengalaman lalu, venue bagi perlawanan besar sebegini akan kerap berubah-ubah sehinggalah hari terakhir sebelum tarikh perlawanan oleh FAM diumumkan. Perubahan venue mengikut sedap orang-orang FAM ini tidak lain dan tidak bukan adalah khusus untuk menyelitkan elemen suspens kepada peminat bola sepak seluruh Malaya yang ingin ke stadium menyokong pasukan negara dengan membuatkan mereka tertanya-tanya venue sebenar perlawanan. Bukan itu sahaja, ianya juga mampu membuatkan nafsu amarah penyokong pasukan negara kepada tahap membuak-buak untuk mengetahui venue yang sahih. Namun yang lebih penting, FAM juga berjaya menguji pengetahuan penyokong-penyokong bola sepak negara mengenai stadium bola sepak di kawasan Lembah Kelang. Masakan tidak, hari ini venue perlawanan mungkin di Stadium Nasional Bukit Jalil, entah esok mungkin di Stadium Bola Sepak Cheras dan tidak mustahil juga minggu hadapan akan berubah venuenya kepada Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya. Penyokong sudah masak dengan perkara ini~

Tidak cukup elemen suspens yang berjaya disuntik dengan perubahan venue perlawanan, FAM kali ini bercadang untuk melakukan pembaharuan kepada pendekatan suspens mereka. Kali ini, waktu perlawanan pula yang menjadi pemboleh ubah berubah-ubah. Dari jadual yang dipetik dari laman web berwajah baru FAM yang masih menyedihkan dari segi isi kandungan, perlawanan Kelayakan Piala Asia 2011 diantara Malaysia menentang Uzbekistan adalah dijadualkan pada pukul 5.30pm waktu Malaysia. Hilang akal agaknya FAM. Ini mungkin akibat dari perbuatan keji mereka sebelum-sebelum ini yang cuba mengelirukan penyokong-penyokong Malaysia dengan membuatkan mereka tidak aman dan tenteram, suspens dalam mencari venue perlawanan sebelum-sebelum ini. Tidak sedarkah FAM bahawa 18 November 2009 jatuh pada hari Rabu, iaitu hari bekerja di Malaysia?. Atau FAM hari Rabu memang tidak bekerja?Atau FAM memang selalu tidak bekerja tidak mengira hari?.

Abaikan mengenai hari bekerja FAM, menurut sumber yang boleh dipercayai, memang terdengar desas desus mengenai perubahan masa perlawanan dari waktu yang tidak sesuai 5.30pm kepada waktu yang lebih sinonim dengan bola sepak Malaysia iaitu 8.45pm. Pada masa yang sama juga, sedang giat dijalankan usaha untuk mengusulkan bantahan kepada FAM melalui email gensecfam@gmail.com mengenai waktu perlawanan dan diusulkan waktu perlawanan diubah kepada 8.45pm 18 November 2009. Saya sudah email, anda bila lagi?~

Diharapkan cabaran dan rintangan ini tidak mematahkan semangat penyokong-penyokong Harimau Malaya untuk memenuhkan stadium dengan belang Hitam Kuning pada perlawanan ini nanti. Mereka ini akan berada di stadium. Harap anda diluar sana turut dapat bersama-sama berganding bahu, tenaga dan suara bersama mereka di sana nanti~Cheers!




Oh saya rindukan waktu ini..

Tuesday, October 27, 2009

Gempar!


Imej yang sungguh menakutkan muncul di kaca tv!!

Monday, October 26, 2009

Marilah beramal!


Charity Mini Tournament 9 sebelah Jasamu Dikenang Khairul Azman Mohamed adalah sebuah pertandingan bola sepak amal anjuran HarimauMalaya.com dengan kerjasama Pahangcommunity.com dan Sabahrhinos.com. Pertandingan ini diadakan khas untuk mengumpul dana bagi membantu meringankan beban Khairul Azman yang memerlukan pembedahan segera untuk mengantikan ligamen dan otot tendon pada kedua belah lutut beliau yang mana kos pembedahan adalah sekitar RM16,000.

Namun begitu penganjur pertandingan yang akan dilangsungkan pada 01 November 2009, bertempat di Mini Stadium Pancarona, Putra Jaya ini hanya meletakkan sasaran kutipan sebanyak rm5,000 sahaja. Justeru itu, bantuan orang ramai untuk menyalurkan dana serta memeriahkan pertandingan ini adalah sangat-sangat diperlukan. Mereka yang ingin menderma, anda bolehlah menghulurkan sumbangan ikhlas anda kepada tabung amal ini melalui akaun CIMB bernombor 05060126928521 (pemilik akaun: Dinie Asyraf Bin Salehan). Sebelum menderma anda digalakkan untuk memaklumkan kepada Saudara Dinie Asyraf mengenai sumbangan anda melalui e-mail terlebih dahulu di dinieasyraf@gmail.com. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi wakil HMC, En Mathew Yong (016-6975108), En Faizan Othman (013-3332402), dan Mohd Shazwan Wong Abdullah (012-6091912). Selamat beramal~

Dan semalam telah berlangsung sesi rakaman promosi pertandingan yang mendapat liputan TV3 dan Berita Harian. Berikut adalah sedikit gambar yang dirembat dengan izin daripada Encik Labu.


Rakaman..



Pengganas bola sepak Malaysia..



Orang kuat..

Friday, April 24, 2009

Majalah Bola:PROMO


Promo. Promo. Promo. Promo ini tidak ditaja oleh mana-mana syarikat swasta mahupun agensi kerajaan.

Majalah bola sepak apakah yang anda baca selain Four Four Two, The Champions Magazine, The League mahupun Arena Bola Sepak?. Maaf Captain Tsubasa bukanlah majalah bola sepak. Fakta, 4 majalah yang telah disenaraikan tadi adalah merupakan majalah bola sepak yang lazimnya dibaca oleh rakyat Malaysia yang gilakan bola sepak. Namun persoalan yang ingin dicetuskan penulis di sini ialah, berapa peratuskah laporan, liputan berita mahupun perkembangan bola sepak tempatan dalam majalah-majalah tersebut?Four Four Two mungkin 1% atau 1.5% sahaja dari content keseluruhan majalah tersebut, The Champions Magazine mungkin tiada langsung atau 0.5% sahaja, The League pula mungkin juga tiada langsung menjadikan Arena Bola Sepak sebagai majalah tunggal yang mempunyai ISI berkaitan dengan bola sepak tempatan secara peratusan nya 70%. ISI, pada pandangan penulis bukan semestinya suatu info yang padat dan sarat dengan maklumat dan berguna. Mana kan tidak, gambar pemain bola sepak separuh bogel pun, laporan sampai 4 muka surat. Info yang tidak penting bagi perkembangan bola sepak Malaysia. Inilah masalah nya jikalau editor majalah bola sepak itu sendiri lebih gilakan pemain bola sepak dari keseluruhan culture bola sepak.

Menyedari hakikat kurangnya liputan mengenai bola sepak di Malaysia serta kurangnya bahan bacaan mengenai bola sepak Malaysia, HMC mengambil inisiatif untuk menerbitkan bahan bacaan sendiri, 100% kerana semangat cintakan bola sepak Malaysia dan insyallah 100% liputan terhadap bola sepak Malaysia. Majalah Bola adalah e-majalah yang akan membuat penampilan pertama pada Jun nanti. Percuma dan downloadable.

p/s: Would appreciate any thoughts and ideas to umpphhh! this e-mag. Cheers!