Monday, October 26, 2009

Vissai Ninh Binh


Vissai Ninh Binh adalah sebuah kelab Vietnam yang tidak pernah saya dengar namanya yang baru sahaja di promoted ke V-League utk season depan. Apa yang menarik mengenai pasukan aini, ialah semangat dan kesungguhan yg ditunjukkan pengurusan kelab ini yang ditunjangi sebuah badan korporat; The Vissai Corporation. Belum pun lagi merasai bahang kemeriahan top flight football di V-league, mereka telah mengumumkan projek pembinaan sebuah kompleks sukan di wilayah Ninh Binh.

Projek yang akan dimulakaan pembinaan bermula Februari 2010 ini, akan menempatkan 4 padang latihan dan youth team academy house, serta sebuah stadium bola sepak mereka sendiri yang berkapasiti 30 000 penonton dan berbumbung penuh. Highlight perkataan ialah, STADIUM BOLA SEPAK, yang bermaksud, stadium khas untuk bola sepak yang tiada punyai trek larian disekeliling padang. Peminat fanatik liga inggeris mesti tau punya~Projek ini dijangka menelan belanja USD 166 juta.


P/S: Saper2 tolong la pesan kt FAM, klo x nk ketinggalan lebih dahsyat lg dlm bola sepak, lebih2 lg, kt level asia tenggara ni, sila la lakukan sesuatu...

No comments: