Friday, May 8, 2009

Kiri Kanan Kiri Kanan Kiri..


Left Right Left Right Left ialah album 'terbaru' Coldplay yang mengandungi 9 lagu live yang direkodkan sepanjang Viva La Vida World Tour mereka yang lalu. Album ini akan diberikan secara PERCUMA melalui konsert jelajah mereka, bermula di West Palm Beach, Florida pada May 15 nanti. Sungguh untung American semua yang akan diberikan CD percuma ini nanti. Kepada yang bukan American dan American celup diseluruh pelusuk dunia, album Left Right Left Right Left ini boleh di download di coldplay.com pada May 15. Enjoy!

T
racklisting is as follows:

1. Glass of Water
2. 42
3. Clocks
4. Strawberry Swing
5. The Hardest Part/Postcards From Far Away
6. Viva La Vida
7. Death Will Never Conquer
8. Fix You
9. Death And All His Friends

P/S: This gave away-album
is meant as Coldplay's appreciation to everyone who's supported them. Thanks Chris & co!

Thursday, May 7, 2009

Bunuh Kamu!


Eminem amat dikenali sebagai seorang yang ganas dan gangsta. Tidak cukup ganas dengan kehidupan beliau yang bosan dalam persaraan, beliau kini kembali dari persaraan untuk kesekian kalinya bagai Michael Jordan dan Bulls pada era 90-an. Eminem bukan sahaja akan tampil bersama album terbarunya yang akan 'dilepaskan' pada 19 May nanti, berjudul Relapse, malah kini turut mempunyai komik sendiri bersama dengan The Punisher. Menakjubkan dan tampak ganas. Komik terbitan Marvel Comics ini menampilkan aksi bunuh membunuh yang ganas sesama manusia yang melibatkan Slim Shady, The Punisher serta Barracuda yang sungguh tidak dikenali. Ganas sungguh!Sick Em!

P/S: Read the full comic here. Enjoy!

Wednesday, May 6, 2009

Kedah 7-0 Hanoi!


7-0 demolition of Hanoi ACB by Kedah at Darul Aman Stadium in their 5th Match of the AFC Cup provides me with so much things to be discussed and higlighted. Without any import players in their line up, as well as their two 'star' players, Malaysian international, Khyril Muhymeen Zambri and Badrol Bakhtiar, still they produced a win that will long be remembered as the biggest win in the tournament so far. The win have restored some pride to the Malaysian football tradition after such so long, gloom by Fool Arrogant Moron of Malaysia, FAM. Congratulations and good luck for the next game against Chonburi of Thailand in a fortnight’s time. A win will mean progress for Kedah to the next round of 16. All the best!

Full report here and here

Sunday, May 3, 2009

Release bersempena Hari Buruh!


For all of the sneakerheads that have been living under a rock, yesterday marks the release of the second colourway in the Nike Air Yeezy saga, worldwide!. Arguably, one of the hottest Nike releases of 2009, and Kanye West as well. Don't miss out!





Another release of Hari Buruh, will be the latest Air Jordan multi-shoe pack at the end of this month under the theme of “Toro Bravo”(tidaklah tahu saya apakah jadahnya itu). This Toro Bravo pack is set for a May 30th release. Red for Workers!




403 days more to the African kick-off of 2010 World cup, and the game will be released soon!Sick cover!

Thursday, April 30, 2009

McCurry kalahkan McDonald's?

McCurry mengalahkan Restoran Yahudi terkenal kesukaan ramai, McDonald's dalam satu kes saman mahkamah berkenaan pengunaan trademark. Indian fast food.Ermm. Menarik. Ada sesiapa tahu restoran ni di KL dimana?Berita penuh di sini.

Manusia punya Selesema, Babi dapat nama..

Tiada berita lain yang lebih popular dan menggemparkan dunia melainkan cerita babi di ketika ini. Babi kini mendapat perhatian di seantero dunia lebih daripada perhatian yang dunia berikan kepada John O'Shea, wira Syaitan Merah awal pagi tadi, Kapten All Blacks Richie McCaw yang sedang kesakitan, apatah lagi berita kejayaan pembedahan ACL Phil Jagielka, yang mana beliau belum lagi bertaraf 'mega-star' dan tentunya tiada perhatian khusus dunia sebagaimana diberikan terhadap babi dan sakit selesemanya.

Hari ini, di New Zealand, Tony Ryall, Menteri Kesihatannya mengumumkan angka bilangan kes kebarangkalian selsema babi meningkat kepada 104 kes dalam tempoh 24 jam. Tambah membimbangkan, 13 kes sudah dikenal pasti sebagai confirmed cases dan semuanya di kawasan sekitar Auckland. Damn!. Masih ok dan boleh diterima memandangkan, kes-kes confirmed dan suspected ini melibatkan mereka yang baru pulang dari US dan Mexico. Buritto!. Apa yang tidak boleh diterima dan sungguh menakutkan, bila dengan slumber babi nya, Health officials di sini mengumumkan bahawa mereka menjangkakan bilangan kes akan bertambah. Damn!Damn!

Di sini ada sebuah doa yang di ajar oleh Saidatina Fatimah Zahra Binti Muhammad Rasulullah SAW dikala berdepan dengan wabak penyakit. Doa ini diperolehi dari blog FT. Terima Kasih FT.

Bismillâhir Rahmânir Rahîm
Allâhumma shalli `ala Muhammadin wa âli Muhammad

Bismillâhin Nûr, bismillâhi Nûrin nûr, bismillâhi Nûrun ‘alâ nûr, bismillâhil ladzî Huwa Mudabbirul umûr, bismillâhil ladzî khalaqan nûra minan nûr. Alhamdulillâhil ladzî khalaqan nûra minan nûr, wa anzalan nûra ‘alath thûr, fî kitâbin masthûr, fî riqqin mansyûr, bi-qadarin maqdûr, ‘alâ nabiyyin mahbûr. Alhamdulillâhil ladzî Huwa bil-’izzi madzkûr, wa bil-fakhri masyhûr, wa ‘alas sarrâ-i wadh dharrâi masykûr, wa shallallâhu ‘alâ sayyidinâ Muhammadin wa âlihith thâhirîn.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad

Dengan nama Allah Cahaya, dengan nama Allah Cahaya dari segala cahaya, dengan nama Allah Cahaya di atas cahaya, dengan nama Allah Yang Mengatur segala urusan, dengan nama Allah Yang Menciptakan cahaya dari cahaya. Segala puji bagi Allah Yang Menciptakan cahaya dari cahaya, Yang Menurunkan cahaya ke bukit dalam kitab yang ditulis, dengan ukuran yang tertentu, kepada Nabi yang terpilih. Segala puji bagi Allah yang dikenal kebesaran-Nya, yang masyhur keagungan-Nya, yang disyukuri dalam suka dan duka. Semoga Allah menyampaikan shalawat kepada junjungan kita Muhammad dan keluarganya yang suci.

Amin ya raabal alamin
Semoga kita semua dilindungi dari wabak babi ini

Wednesday, April 29, 2009

LV's & Autotune 2!


Kanye West dan Louis Vuitton tidak dapat dipisahkan lagi bak isi dengan kuku dan bagai aur dengan tebing. Namun apakah pula yang sedang 4 ekor Beruang Kolej Kanye yang comel sedang lakukan. Dari kanan, abang besar, memakai Jordan Infrareds dengan sungguh tampan. Abang ngah pula, dengan the LVs Sneakers merah yang sungguh menyerlah. Adik yang masih kecil tidak memakai Cermin Mata Stronger, memakai Jordan 8s dengan kacak di kaki nya, manakala adik bongsu yang sungguh kecil dan paling comel itu, terlampau kecil untuk saya ceritakan mengenai sneaker beliau.

Habis melalut mengenai sneakers serta geng adik beradik, rupanya gambar tersebut merupakan album art mixtape album terbaru Kanye West yang berjudul LV's & Autotune 2. Sick sungguh rekaan album art ini! Respect Yeezy! Mixtape ini menampilkan banyak collaboration, antaranya dengan mentee Kanye, Kid Cudi, perempuan gila yang sedang terkenal di seantero dunia, Lady Gaga, rakan baik Kanye, Lil Wayne, kakak ipar Kanye, Beyonce serta ramai lagi artis terkenal berkulit hitam yang membuat collaboration bersama Kanye. Terdapat 15 lagu kesemuanya dan jujur saya katakan, baru 1 yang sudah saya download dan dengar. Agak payah untuk mencari lagu-lagu dari mixtape ini. Tapi memandangkan ianya dari Kanye, ianya pasti menarik dan S-I-C-K!.Enjoy~

Senarai lagu untuk di download:
01 Diamonds
02 Poke Her Face (Feat. Kid Cudi, Common, Lady Gaga)
03 We Fight, We Love (Feat. Q-Tip, Consequence)
04 Maybach Music 2 (Feat. Rick Ross, T-Pain, Lil Wayne)
05 Flight School (Feat. T-Pain, GLC)
06 Amazing (Remix) (Feat. The Dream, Young Jeezy, Christina Milian)
07 Imma Be Iight (Feat. Lil Wayne, Joe Young)
08 Doing Girls Wrong
09 Knock You Down (Feat. Keri Hilson, Ne-Yo)
10 Walking On The Moon (Feat. The Dream)
11 Go Hard (Remix) (Feat. Lil Wayne, Jay-Z)
12 I’m The Shit (Remix)
13 Oprah Story
14 Kinda Like A Big Deal (Feat. Clipse)
15 Ego (Remix) (Feat. Beyonce)

Monday, April 27, 2009

Anterior cruciate ligament & nasib malang!

Kecederaan ACL adalah sesuatu yang biasa dalam sukan bola sepak. Namun ianya menjadi 'sungguh tidak biasa' apabila, ianya melibatkan pemain 'tulang belakang' pasukan kegemaran anda yang sungguh teruja untuk bermain pada perlawanan akhir pertama kelab sejak 1995, menentang Chealshit sebulan dari sekarang, pada 30 May nanti. Menambah 'tidak biasa', kecederaan ACL yang melanda Phil Jagielka adalah kecederaan ke-9 yang dialami Everton musim ini, selepas Arteta( juga melibatkan cruciate ligament), Yakubu(Achilles), Anichebe (Lutut), Nuno Valente (juga lutut), Ian Turner(Tumit), Vaughan (lutut lagi), Saha (tidak pasti), dan Cahill (juga tidak pasti dan malas nak ingat). Rekod kecederaan terbanyak dalam 1 musim!. Sungguh malang..

Berdasarkan senarai kecederaan yang dialami pemain-pemain Everton, adalah didapati bahawa lutut adalah kecederaan yang lazim dialami pemain. Dan kecederaan lutut yang paling terkenal di seantero dunia adalah kecederaan ACL. ACL adalah Anterior cruciate ligament (ACL) yang merupakan salah satu daripada 4 bahagian penting ligamen lutut. Kecederaan ACL pula didefinasikan sebagai kekoyakkan pada mana-mana bahagian ligamen lutut yang menghubungkan tulang kaki atas dengan tulang kaki bawah. Lihat sini kalau benak sangat nak faham.

Kekoyakkan ligamen lutut pula boleh dikelaskan kepada tiga bahagian, koyak sikit sahaja ni, koyak banyak jgak la, dan Damn koyak terus kot!. Kecederaan Phil Jagielka adalah kekoyakkan tahap ketiga, iaitu koyak terus yang agak serius. Sungguh serius hinggakan beliau terpaksa melupakan perlawanan akhir Piala FA 30 May nanti, serta membolehkan Soccernet melabelkan Phil Jagielka sebagai Out of Season. Sungguh malang dan harapnya episod malang ini tidak berterusan..COYB!


P/S: Here for more info of ACL. And also here

Friday, April 24, 2009

Majalah Bola:PROMO


Promo. Promo. Promo. Promo ini tidak ditaja oleh mana-mana syarikat swasta mahupun agensi kerajaan.

Majalah bola sepak apakah yang anda baca selain Four Four Two, The Champions Magazine, The League mahupun Arena Bola Sepak?. Maaf Captain Tsubasa bukanlah majalah bola sepak. Fakta, 4 majalah yang telah disenaraikan tadi adalah merupakan majalah bola sepak yang lazimnya dibaca oleh rakyat Malaysia yang gilakan bola sepak. Namun persoalan yang ingin dicetuskan penulis di sini ialah, berapa peratuskah laporan, liputan berita mahupun perkembangan bola sepak tempatan dalam majalah-majalah tersebut?Four Four Two mungkin 1% atau 1.5% sahaja dari content keseluruhan majalah tersebut, The Champions Magazine mungkin tiada langsung atau 0.5% sahaja, The League pula mungkin juga tiada langsung menjadikan Arena Bola Sepak sebagai majalah tunggal yang mempunyai ISI berkaitan dengan bola sepak tempatan secara peratusan nya 70%. ISI, pada pandangan penulis bukan semestinya suatu info yang padat dan sarat dengan maklumat dan berguna. Mana kan tidak, gambar pemain bola sepak separuh bogel pun, laporan sampai 4 muka surat. Info yang tidak penting bagi perkembangan bola sepak Malaysia. Inilah masalah nya jikalau editor majalah bola sepak itu sendiri lebih gilakan pemain bola sepak dari keseluruhan culture bola sepak.

Menyedari hakikat kurangnya liputan mengenai bola sepak di Malaysia serta kurangnya bahan bacaan mengenai bola sepak Malaysia, HMC mengambil inisiatif untuk menerbitkan bahan bacaan sendiri, 100% kerana semangat cintakan bola sepak Malaysia dan insyallah 100% liputan terhadap bola sepak Malaysia. Majalah Bola adalah e-majalah yang akan membuat penampilan pertama pada Jun nanti. Percuma dan downloadable.

p/s: Would appreciate any thoughts and ideas to umpphhh! this e-mag. Cheers!