Monday, April 27, 2009

Anterior cruciate ligament & nasib malang!

Kecederaan ACL adalah sesuatu yang biasa dalam sukan bola sepak. Namun ianya menjadi 'sungguh tidak biasa' apabila, ianya melibatkan pemain 'tulang belakang' pasukan kegemaran anda yang sungguh teruja untuk bermain pada perlawanan akhir pertama kelab sejak 1995, menentang Chealshit sebulan dari sekarang, pada 30 May nanti. Menambah 'tidak biasa', kecederaan ACL yang melanda Phil Jagielka adalah kecederaan ke-9 yang dialami Everton musim ini, selepas Arteta( juga melibatkan cruciate ligament), Yakubu(Achilles), Anichebe (Lutut), Nuno Valente (juga lutut), Ian Turner(Tumit), Vaughan (lutut lagi), Saha (tidak pasti), dan Cahill (juga tidak pasti dan malas nak ingat). Rekod kecederaan terbanyak dalam 1 musim!. Sungguh malang..

Berdasarkan senarai kecederaan yang dialami pemain-pemain Everton, adalah didapati bahawa lutut adalah kecederaan yang lazim dialami pemain. Dan kecederaan lutut yang paling terkenal di seantero dunia adalah kecederaan ACL. ACL adalah Anterior cruciate ligament (ACL) yang merupakan salah satu daripada 4 bahagian penting ligamen lutut. Kecederaan ACL pula didefinasikan sebagai kekoyakkan pada mana-mana bahagian ligamen lutut yang menghubungkan tulang kaki atas dengan tulang kaki bawah. Lihat sini kalau benak sangat nak faham.

Kekoyakkan ligamen lutut pula boleh dikelaskan kepada tiga bahagian, koyak sikit sahaja ni, koyak banyak jgak la, dan Damn koyak terus kot!. Kecederaan Phil Jagielka adalah kekoyakkan tahap ketiga, iaitu koyak terus yang agak serius. Sungguh serius hinggakan beliau terpaksa melupakan perlawanan akhir Piala FA 30 May nanti, serta membolehkan Soccernet melabelkan Phil Jagielka sebagai Out of Season. Sungguh malang dan harapnya episod malang ini tidak berterusan..COYB!


P/S: Here for more info of ACL. And also here

4 comments:

Mell L. said...

ne no ne no.kesian sungguh beliau ya.

aFiQ said...

yep..sungguh kesian...
kesian de..
dan de kesian kami...

Mell L. said...

Get well soon bro.eh.bro?

aFiQ said...

yep.bro Jagielka yang rock-solid!im gonna miss him...