Saturday, April 4, 2009

Liga Super 2009 Kepunyaan Kami!~

BIARPUN gembira dengan kejayaan menduduki tangga teratas carta Liga Super buat kali pertama selepas Selangor dan Kelantan tewas kepada lawan masing-masing, ia tetap mengundang rasa bimbang pengendali Perlis, Irfan Bakti Abu Salim.

Menurutnya, kejayaan terbaru 1-0 menewaskan Kuala Muda Naza dalam perlawanan di Stadium Darulaman, Alor Setar itu memberikan tiga mata berharga untuk memintas Selangor dan Kelantan yang masing-masing tewas, 1-2 kepada Terengganu dan Negeri Sembilan.

Perlis yang berada di tangga ketiga sebelum perlawanan, kini mengumpul 22 mata dan Irfan Bakti tidak berselindung bahawa kedudukan di puncak carta bakal mengundang cabaran baru kepada anak buahnya.

“Kita perlu lihat dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku ke atas dua pasukan pendahulu sebelum ini, Selangor dan Kelantan serta tidak boleh terlalu berbangga atau terbawa-bawa kerana saingan masih di peringkat awal dan banyak cabaran perlu ditempuhi selepas ini,” katanya.

Dalam perlawanan kelmarin, skuad Singa Utara mencipta kemenangan menerusi tandukan penyerang utamanya, Mohd Nizaruddin Yusoff yang menyudahkan hantaran lambung ketua pasukan, Mohd Fauzie Nan pada minit ke-22.

Sumber : www.bharian.com.my

p/s: Saya rindukan Stadium Utama Negeri yg pnuh dan bsing dan havoc..Juaralah Singa Utara season ini!Rempuh Perlis Rempuh!

6 comments:

SangKunang said...

rasanya liga super 2009 kepunyaan kami jugak!

aFiQ said...

hoho!berkongsikah kita?tidak mungkin..semoga team yang terbaik menjuarainya..respect fans kelate bakar trak polis..tunjukkan kuasa sebenar penyokong~biar FAM sedar..

SangKunang said...

ko respek ke?
ish !
tu bukan fans, tapi samseng bolasepak!
setakat buat kecoh dalam stadium,bakar mercun, baling botol. aku boleh terima. tu namanya fanatik.
tp kalo dah bakar kete polis, jahanamkan kete awam, musnahkan moto fans lain jugak, tu memang bangang!
samseng x bertempat.

aFiQ said...

Ak respect keberanian mereka smpai bley wat cmtu..tp lpas ak da tau yg mereka tu rempit jer, yg lalang, trus ak F**k mereka..hahaha..tp ak still nk FAM di layan mcm tu..brulah mereka takut~

SangKunang said...

soal keberanian, soal kefanatikan, soal kesetian, soal semangat, soal kekitaan...
tu memang aku sangat respek.

tapi bila masuk soal kejahanaman, soal kecederaan, aku terpaksa kritik walaupon aku tahu mereka juga sebenarnya sebahagian dari warna-warni bolasepak kelantan.

sangkunang said...

bro...
perlis tersangkut di semi final.
aksi yg sangat menarik.
seimbang antara selangor dan perlis.
tp kesilapan minit akhir membawa padah apabila amri yahya menjaringkan gol untuk membawa selangor ke final yg disananya menanti adalah the red warriors !