Monday, December 29, 2008

Zoo Negara

Pada 22hb Disember yg lalu, saya, adek sayer, cousins2, dan Bob the builder telah berkunjung ke Zoo Negara KL, Malaysia. Kunjungan ke Zoo Negara ini, pada mulanya melibatkan Carlel Muska dan Ejudd Kamel, namun akibat kepenatan yg dahsyat pada malam sebelum kunjungan, mereka tidak dapat turut serta bergembira secara liar di Zoo Negara seperti yg di rancang. Jadi kami berenam sahajalah bersardin di dalam kereta Satria Mama sayer ke Zoo Negara pada hari tersebut.

Kami bertolak dari Kedai Fokus yg terkenal di serata Bandar Baru Bangi awal jgakla. Masakan tidak, kami semua mmg tidak tidur langsung malam tersebut. Tak sabar hendak bermesra dgn rakan2 di zoo. Anggaplah kami ibarat budak tadika 5 tahun yg pertama kali ke zoo. Dengan tidak bersarapan dan agak mengantuk, kami pun bertolak ke Zoo~

Bagi mengelakkan suasana mengantuk dari bermaharajalela, Bob tiba-tiba mendapat 1 idea yg bakal menceriakan suasana. Lawak jenaka!Lawak Bob pada pagi tersebut ialah "Perjalanan ke Zoo Negara melalui Kepong". Sayer yg sememangnye mengantuk pon pada pagi tersebut, mengikut sahajalah 'lawak' Bob tersebut. Akibat nye, kami sumer hilang mengantuk dan terpinga pinga mencari Zoo Negara di Kepong.Bob~Bob~Mmg hilang mengantuk kami sumer setelah terpaksa meredah Traffic Jam utk kembali semula ke KL~

Inilah Bob The Builder

Kami tiba di Zoo Negara tepat2 Matahari tegak di atas kepala kami. Tanpa berlengah lagi, kami terus membeli tiket yg berharga RM15 seorang dan terus mencari Restoran utk santapan kami semua yang belum Breakfast. Restoran makanan segera yg mustahil dapat dikunjungi di mana-mana di MALAYSIA ini, The Wild. Rating Bob, pakar F&B, 2/10.Huhu.Janji kenyang bob~

Muke mengantuk tunggu tiket dibeli



Seterusnya, bermula la perjalanan kami ke alam binatang sehinggalah kami pulang dari Zoo Negara pada pkul 4pm.












Lagi gambar checkout la Flickr sayer yg tak seberapa itu~

No comments: