Thursday, May 28, 2009

19th Kirin Cup 2009

Kirin Cup ialah kejohanan bola sepak tahunan anjuran JFA. Berbeza dgn Pestabola Merdeka anjuran Fool Arrogant Moron, Kirin Cup hanya dipertandingkan oleh 3 pasukan, Jepun selaku tuan rumah serta 2 lagi pasukan kebangsaan yang dijemput JFA. Bagi edisi ke 19 tahun ini, Jepun menjemput Chile dan Belgium untuk turut serta.

Semalam semasa perhatian dunia bertumpu di Stadio Olimpico, Rome, perlawanan pertama Kirin Cup 2009 telah berlangsung antara Jepun dan Chile di Osaka yang berkesudahan 4-0 kemenangan kepada Jepun. Gol- gol disumbangkan Shinji Okazaki (Shimizu S-Pulse) pada minit ke- 20 dan 24, Yuki Abe (Urawa Reds) minit ke-52 and Keisuke Honda (VVV Venlo, team 2nd Division Holland yg mendapat promotion ke Eredivise untuk musim hadapan) pada minit ke-92.

Perlawanan kedua Kirin Cup akan menemukan Belgium dan Chile pada 29 May nanti di Chiba. Bagi kejohanan ini, Belgium tidak menghantar nama-nama besar seperti Vincent Kompany mahupon Marouane Fellaini, hanya menurunkan Sebastian Pocognoli sahaja dalam squad 20 orang mereka. Begitu juga dengan Chile yang tidak menghantar pemain ternama mereka seperti Matías Fernández dan Arturo Vidal, hanya menghantar Gary Medel, pemain muda yg menjadi idaman kelab-kelab besar Eropah serta pemain import terkenal di UAE yg juga Kapten Al Ain FC, Jorge Valdivia sahaja sebagai pelengkap squad 20 orang Chile.

Nippon Daihyō pula selaku tuan rumah dan dalam sesi persediaan sebelum mengharungi 3 perlawanan terakhir Kelayakan Piala Dunia 2010 dalam tempoh 12 hari menentang Uzbekistan di Tashkent pada 6 Jun, Qatar di Yokohama pada 10 Jun dan perlawanan terakhir Kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Australia di Melbourne pada 17 jun nanti, menurunkan skuad utama mereka. Berikut merupakan senarai penuh squad 26 orang Blue Samurai.

Goalkeepers—Seigo Narazaki (Nagoya Grampus), Ryota Tsuzuki (Urawa Reds), Eiji Kawashima (Kawasaki Frontale)

Defenders—Yuji Nakazawa (Yokohama F. Marinos), Satoshi Yamaguchi (Gamba Osaka), Marcus Tulio Tanaka (Urawa Reds), Yuichi Komano (Jubilo Iwata), Yasuyuki Konno (FC Tokyo), Yuto Nagatomo (FC Tokyo), Tomoaki Makino (Sanfrecce Hiroshima), Atsuto Uchida (Kashima Antlers)

Midfielders—Shunsuke Nakamura (Celtic), Hideo Hashimoto (Gamba Osaka), Yasuhito Endo (Gamba Osaka), Kengo Nakamura (Kawasaki Forntale), Daisuke Matsui (St. Etienne), Yuki Abe (Urawa Reds), Makoto Hasebe (VfL Wolfsburg), Keisuke Honda (VVV Venlo), Shinji Kagawa (Cerezo Osaka), Naoki Yamada (Urawa Reds).

Forwards—Keiji Tamada (Nagoya Grampus), Yoshito Okubo (VfL Wolfsburg), Kisho Yano (Albirex Niigata), Shinji Okazaki (Shimizu S-Pulse), Shinzo Koroki (Kashima Antlers)

Coach—Takeshi Okada

*Pemain yang berpengkalan di Eropah hanya akan meyertai squad setelah selesai komitmen mereka dengan kelab masing-masing.
** Jepun kini di tempat kedua dalam Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia Zon Asia dan hanya memerlukan 3 mata lagi untuk melayakkan diri ke Piala Dunia keempat berturut-turut.

FORCA Nippon! >:(








2 comments:

SangKunang said...

ada lagi kierin cup ni ye.. lama aku x follo

aFiQ said...

Ader..stiap tahun ader..cuma kurang exposure la..ak pon x follow tornament ni..just follow J-League..ni citer Kirin Cup pon sbb skunk J-League cuti sbb Kirin Cup ngn WC Qualifying..