Friday, May 29, 2009

Saya Sepasang V1.08 Baru!



Hi saya Gold Puma V1.08!. Gembira dapat berjumpa. Mungkin kamu semua di luar sana sudah pun mengenali kaum kerabat saya yang sering kelihatan berlari- lari pantas di serata padang bola di donia ini, mahupun di kaca televisyen. Atau pun mungkin saya terlampau perasan yang keluarga saya ini sungguh terkenal, bagai keluarga Predator mahupon keluarga Mercurial. Tidak mengapalah, saya ceritakan serba sedikit mengenai diri saya dan juga keluarga saya di sini.

Saya adalah anggota keluarga tebaru V1.08. V1.08 ialah keluarga generasi kedua dari salasilah Puma lightweight v-Speed yang sebelum ini dipelopori oleh keluarga V1.06. Antara ciri-ciri istimewa keluarga saya ialah, kami direka khas untuk menjadi ringan dan pantas, sepantas logo yang tertera di badan kami, haiwan puma. Menurut bapa saya, kemunculan pertama keluarga kami kepada masyarakat dunia ialah pada Kejohanan Piala Negara-Negara Afrika di Ghana pada tahun 2008 dahulu. Sejak daripada kemuculan keluarga kami pada kejohanan tersebut, satu persatu anggota keluarga kami diperkenalkan. Dimulai dengan bapa saudara saya yang paling bergaya, kemudian oleh bapa saudara saya yang gilakan Formula 1, bapa saudara yang agak kurus, kakak yang comel, abang yang agak ganas, dan akhirnya tibalah giliran kemunculan saya.

Bapa saudara yang gilakan Formula 1


Bapa saudara yang 'agak' kurus


Kakak saya yang comel kepunyaan Nicholas Anelka


Abang saya yang agak ganas kepunyaan Peter Crouch dan David Bentley


Kemunculan pertama saya sungguh mendapat perhatian dunia. Saya dan tuan saya, Samuel Eto'o telah menjaringkan gol pertama Barcelona pada perlawanan akhir Champions League di Stadio Olimpico di Rom pada 26 May yang lalu. Sungguh bangga untuk saya ceritakan, bahawa gol yang saya dan tuan saya jaringkan adalah killer goal yang membunuh rentak permainan Manchester United serta keyakinan mereka seawal minit ke-10. Masakan tidak, setelah hampir keseluruhan 10 minit pertama perlawanan, Manchester United tampak hebat dengan 5 percubaan tepat ke Victor Valdez, diketuai Mercurial Vapor V Superfly dan tuannya, Cristiano Ronaldo sedangkan pasukan saya dan tuan saya masih belum pun sempat menyesuaikan diri. dengan mood perlawanan tersebut. Namun detik yang saya impikan akhirnya menjelma, bermula dengan gerakan rakan saya, Total 90 Laser II dan tuannya Andres Iniesta yang menggelecek melepasi dua orang pemain United. Beliau kemudiannya menghantar bola kepada saya dan tuan saya, dimana kami berjaya melepasi V-Konstrukt III dan tuannya, Nemanja Vidic dan sebelum melepaskan satu sepakan deras menewaskan Edwin Van Der Sar. Perasaan yang sukar diceritakan!. Akhir perlawanan, pasukan kamilah pemenangnya dan dinobatkan sebagai The New Champions of Europe menewaskan juara tahun lalu yang sungguh tiada tandingan, Manchester United 2-0.

Saya dan tuan saya meraikan gol pertama kami bersama Iniesta dan Pique

Perlawanan ini juga menyaksikan 'kekecewaan' rakan sepasukan saya, F50i, kepunyaan Lionel Messi, yang juga membuat kemunculan pertama kepada masyarakat dunia dalam perlawanan akhir ini, 'gagal' menjaringkan sebarang gol. Beliau 'agak' kecewa kerana tuan beliau, Lionel Messi yang sungguh pendek itu berjaya menjaringkan gal menerusi tandukan, menewaskan Rio Ferdinand yang sungguh tinggi setinggi galah pokok kelapa. Namun beliau tetap gembira dengan hakikat betapa tiada tandingannya musuh kami dalam pasukan lawan, terutamanya Mercurial Vapor V Superfly kepunyaan Cristiano Ronaldo. Sungguh memalukan apabila pemain 'sehebat' beliau hanya mampu menyumbangkan kad kuning sahaja untuk pasukan beliau pada perlawanan sebegini prestij. Berbanding kami berdua yang berjaya membantu tuan kami menjaringkan gol untuk pasukan kami. Kami berasa sungguh gembira dan bangga dapat berkhidmat dengan tuan kami. Memetik kata-kata hikmat kegemaran saya oleh Chris Martin, "Thanks for giving us the best job in the world!"


Rakan baik saya, F50i


Lihatlah betapa kagumnya Edwin Van Der Sar dengan jaringan hebat Messi!



Rakan saya dan tuannya. Lihatlah betapa akrabnya Lionel Messi dan rakan saya. Walaupun Messi menjaringkan gol menerusi tandukan, beliau tetap meraikannya bersama rakan saya dahulu, sebelum bersama-sama dengan rakan-rakan Barcelona yang lain.


'Musuh' yang sungguh dicemburui


Celebration bersama Jurulatih kami, Pep Guardiola. Pep!Pep!Hooray!


Victor Valdez dan Big Ear Trophy

Begitulah sedikit sebanyak cerita mengenai saya, keluarga, rakan-rakan serta 'musuh' saya. Terima kasih kerana sudi mendengar kisah hidup saya yang tidak seberapa ini. Semoga berjumpa lagi!~

3 comments:

NorFa NFMD said...

lagi2 bola...huhu...

Fieka said...

damn smart..i love yang purple tuh..woohh~~

Pokjak a.k.a. Aizat said...

hai, awak ni keturunan siam ker, saya nampak byk sekali keturunan awak di Rantau panjang :) heh2 semua murah2 belaka haha