Saya memang tidak berduit pun di kala dan ketika ini. Tetapi setidak berduit saya pun, tiadalah pula saya menghebohkan satu dunia..err..ker saya sudah pun terheboh?..tidak mengapalah. Topic pada posting kali ini adalah berkenaan keadaan ekonomi Persatuan Bola Sepak di Malaysia yang kian meruncing.Isu EPF, gaji tertunggak, gaji tak mahu bayar, pemain tidak bergaji dan bermacam- macam isu lagi melanda, dan yang terbaru, melibatkan Persatuan Bola Sepak Sarawak. Isu-isu begini amat-amatlah tidak mustahil berlaku untuk pasukan-pasukan dalam Liga M, yang mana, income pasukan adalah semata-mata duit kutipan tiket yang tidak seberapa. Sekitar RM30,000 untuk 13 perlawanan, sebagai contoh, nilai yang berjaya dikutip oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak. Nilai yang RM10,000 melebihi perbelanjaan mereka setiap kali terbang keluar dari Kuching, yang menelan belanja RM20,000.
Sedih mendengarnya. Cakap banyak pun tiada gunanya. Sila lihat contoh terdekat dari jiran sebelah kita di utara, Thailand. Thailand Premier League memang diakui FIFA sebagai salah sebuah liga bola sepak di Asia yang cepat proses pembangunan dan perkembanganya. Terbaru, tak baru sangat la, 19 Julai yang lalu, sebuah gedung membeli belah ibarat Megastore di Old Trafford semasa zaman keagungan David Beckham dahulu, telah dilancarkan oleh syarikat pakaian sukan kebanggaan Thailand, FBT. Gedung membeli belah ini terletak di FBT Building, berhadapan Stadium Rajamangala. Bezanya dengan Megastore di Old Trafford ialah, gedung membeli belah ini, yang diberi nama TPL Shop, menawarkan semua barangan rasmi pasukan-pasukan dalam Thailand Premier League.
Kalau difikirkan logik, Thailand Premier League sepatutnya tidak perlu sebuah store yang menggumpulkan semua barangan rasmi pasukan-pasukan yang bertanding dibawah satu bumbung, kerana boleh dikatakan, hampir setiap pasukan mempunyai strategi pemasaran masing-masing dan amat-amat berdikari dalam mencari profit, berbeza dengan semangat persatuan bola sepak di Malaysia yang terlalu bergantung harap kepada FAM yang bukanlah bagus sangat pun. Sebagai contoh, Bangkok Glass, sebuah kelab Bangkok yang semakin meningkat naik, mempunyai sebuah laman web dwi bahasa yang 100 kali lebih interactive dan selalu dikemas kini berbanding laman web FAM yang hidup segan mati tidak mahu. Begitu juga dengan Muang Thong United, kelab yang julung-julung kalinya beraksi dalam Thailand Premier League setelah menjuarai Thailand Divison 1 League, turut mempunyai sebuah laman web dwi bahasa yang setanding dengan website Arsenal, parent club kepada Muang Thong United. Menerusi laman web ini juga, mereka memaksimumkan sumber pendapatan mereka menerusi pengiklanan dan juga online store, yang menjual beraneka jenis barangan rasmi pasukan.
Jadi, apakah rasionalnya Thailand Premier League mempunyai sebuah one-stop store?. Menurut sumber Thai league football, mereka percaya bahawa one-stop store ini merupakan satu langkah setapak lagi kehadapan dalam mempromosikan Liga Bola Sepak Thailand disamping menambah pendapatan pasukan bertanding, liga dan juga Persatuan Bola Sepak Thailand sendiri. Namun begitu, pada pandangan saya yang tidak berapa arif dalam Bola Sepak Thailand, saya berpendapat one-stop store ini dilancarkan khas demi mengajar manusia bijak pandai dalam pengurusan bola sepak 'professional' di Malaysia tentang bagaimana untuk mengatasi masalah ekonomi bola sepak Malaysia yang kian tenat.
P/S: Perlu contoh yang lebih baik? Ambillah inspirasi dari J League.
P/S: Perlu contoh yang lebih baik? Ambillah inspirasi dari J League.
7 comments:
Bro, i ambik story you pulak...
sigggggggghhhhhhhhhh,,,,jeles jer tengok the store and websites kat Thailand tu...
kenaper yer, selepas 52 tahun Merdeka pun, otak-otak kat FAM tu tak terpikir nak emulate apa yg jiran kita sendiri boleh buat..
Rizal Hashim, u know how tough it has been for me to buy local team's jerseys?? nasib baik ader young spirits like akualtra.com and various ppl at lelong.com etc...
to droppoutbear, thanks for blogging abt this....
nak pegi Bangkok ...
@Hakim Amir, Jom Bangkok bro!hehe..tp rser nye nk gi Laos dlu kot..for SEA games..haha!
@Rizal Hashim, Sila kan bro~
mantap ar afiq.
ko boleh jadi pengkritik bolsepak malaysia yg hebat nih.
nanti aku sokong ko.
vote 4 afiq !
yeah, fam suck !
x pandai carik duit.
jual laa keropok ke sosej ke, bukak gerai kat bazar ramadhan. masuk jugak duit tu
Ah dan dan kamu Sangkunang!kamu lg hebat kot..saya masih belajar lg ni..bnyak lg kna blajar~
tp per2 pon mmg FAM x pnjang akal~huhu..bahasa sopan sket Sangkunang..ramadhan~
Salam Pengenalan Bro, after 52yrs of Merdeka, kepala otak officials esp office bearer FA di Malaya masih dijajah. What do u xpect if officials masih cakap "aku dah buat kerja ni dah dekat 25 tahun...tau la apa aku buat" that's wat happen for the past 25 donkey years bola sepak M'sia mash cam2..bawak balik fail kat umah & than masuk ofce suka hati bapak dia..Merchandise bukan perkara baru Bro, tp kalau dah ada niat by some officials, "ok ni bagi kat suku sakat aku cantek ni boleh buat duit.." Bangkok adalah bapak segala barang tiruan tp effort dia org mmg berani sb x takut kena copy balik. Kat Liga Malaya, bila kita start buat by the next day dah ada org jual kat tepi jalan...sapa yg nak stop mereka? So u can forget bout it..Website FAM pun bercelaru & than wat u expect from the states fa's??? some of state fa pun x de atau x reti nak bukak email...Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 52
XABI ALONSO
LARKIN
Adusss susah nak cakap la FAM. Dulu berjuta-juta duit sponsor dapat pun x maju mana. Kalau semua asyik pikir berapa kantung gua boleh dapat sampai sudah takan maju punya bro.
Sekarang dah sengkek baru reti nak berjimat. Persatuan bola sepak negeri pun satu cuba bayangkan sarawak satu negeri yang amat kaya tapi tak mampu nak bayar gaji pemain?? Mana duit hilang?? Mana jutawan-jutawan sarawak yang banyak sangat duit tu?? Takan tak boleh bantu. Tapi dia org pun takut nak bantu sabab duit tu mcm curah air di daun keladi hilang begitu saja.
FAM kena tukar mentaliti, warlord yang selama ini jaga kuasa mengundi perlu di tukar. Kena ubah struktur semua dari peringkat negeri sampai la ke atas. Total change bro bukan mcm sekarang tukar sikit sini tukar sikit sana. Balik-balik minta govt support. Apa da.
Post a Comment