Showing posts with label Europa League. Show all posts
Showing posts with label Europa League. Show all posts

Saturday, October 24, 2009

Menanti Hari Bonfire!


Remember, remember the Fifth of November,

The Gunpowder Treason and Plot,
I know of no reason
Why the Gunpowder Treason
Should ever be forgot.


Barang siapa yang tidak pernah mendengar bait-bait ritma tradisional ini, ...... Tidak mengapa. Ritma tradisional yang cukup terkenal ini; lebih-lebih lagi selepas tahun 2000, apabila dipopularkan oleh sebuah filem anarchy yang cukup hebat, iaitu V for Vendetta, adalah ritma Inggeris yang amat sinonim dengan festival Malam Guy Fawkes atau lebih dikenali dengan nama Bonfire Night. Bonfire Night disambut setiap 5 November sejak dari tahun 1606 lagi oleh setiap manusia yang merasakan diri mereka Inggeris, tidak kiralah di United Kingdom, Australia, New Zealand, South Africa, Kepulauan Carribean malahan juga kepada segelintir penyokong tegar Manchester United di Malaysia. Menurut sejarah, tujuan perayaan ini disambut adalah untuk mengigati peristiwa penangkapan Guy Fawkes pada 5 November 1605 ketika beliau cuba meletupkan Houses of Parliament di London dengan menggunakan beberapa dozen tong gunpowder buatan China. Guy Fawkes yang kemudianya digantung dikhalayak ramai atas tuduhan khianat, menjadi peringatan kepada umat Inggeris seluruh dunia terhadap kejinya perbuatan khianat. Dan simboliknya perayaan ini dengan bunga api, pyrotechnic dan flares adalah kerana gunpowder yang cuba digunakan Guy Fawkes untuk meletupkan Houses of Parliament.

Houses of Parliament

5 November 2009 bakal tiba tidak lama lagi; minggu hadapan. Bagi rakyat Malaysia yang pertama kalinya akan menyaksikan perayaan ini secara langsung didepan mata (sayalah tu), memang tidak sabar untuk menantikannya. Namun, ada 1 benda lagi yang membuatkan 5 November 2009 ini satu tarikh yang ditunggu-tunggu; lebih-lebih lagi selepas Lisbon Tragedy yang amat-amat mendukacitakan itu berlaku tempoh hari. 5 November nanti bakal menyaksikan 'perlawnan ulangan' Everton menentang SL Benfica; yang tiada belas kasihan membelasah Everton di Lisbon, nanti di Goodison Park . Our Captain Marvel, Phil Neville awal-awal lagi telah melaungkan amaran kepada Benfica, bahawa skuad Everton pada 5 November nanti bakal berbeza sama sekali berbanding 'reserve-squad' yang beraksi di Lisbon Khamis lalu. Sini ada sedikit gambar tragedi tersebut. Sedih untuk diceritakan secara lebih lanjut..


Ambik sikit keratan akhbar berbahasa Portugis..kurang sedey sikit sebab tak faham..

15 Million Fellaini; not good enough..

Saviola was on fire that night..

Great Capiten, Luisao

Fellaini with Pablo Aimar..

Gosling; inexperience. Gave Angel di Maria far too much space..

Cahill; his worst game ever in Everton royal blue jersey..

Struggled to defend set pieces; far from last season's performance..

*Bring on Bolton on Sunday!COYB!

Thursday, October 22, 2009

Orang Toffees di Lisbon

Smiley

Jo yang bersemangat

Pasukan Perancis..

Estadio da Luz, Lisbon

Pukul berapa Datuk Harimau

Timmy Cahill dan Billy boy~!

Baines

Let's shoot some cones boys!

Wednesday, October 21, 2009

Madeleine McCann..





Hari esok, 22 Oktober 2009, akan berlangsungnya perlawanan ke-3 peringkat kumpulan I, Europa League yang akan menemukan pasukan ternama dari Portugal, SL Benfica menentang The Mighty Blues, Everton di Stadium of Light, Lisbon; atau nama Portugis nya Estadio da Luz yang cukup terkenal di seantero donia. Secara simboliknya keberangkatan Skuad Toffeemen ke Portugal untuk perlawanan ini, mengingatkan kembali seluruh Liverpool dan United Kingdom kepada Madeleine McCann; bukan Mary Magdalene. 2 tahun yang lalu, lebih tepat 29 bulan yang lalu, Madeleine McCann pada 2007 telah berkunjung ke Portugal bersama keluarganya untuk bercuti di sebuah resort, Praia de Luz. Namun percutian yang dirangka bertukar menjadi tragedi apabila Madeleine dilaporkan hilang ketika berada di resort tersebut. Sehingga kini, Madeleine masih gagal ditemui.



Sehubungan dengan itu, Everton FC semalam, 20 Oktober 2009, melalui laman webnya yang hari-hari saya buka, telah melancarkan kempen mencari Madeleine bagi peringkat antarabangsa. Melalui kempen ini, Everton telah mengeluarkan sebanyak 6000 t-shirt percuma; 3000 dalam bahasa Inggeris dan 3000 lagi dalam bahasa Portuguese, bercetak, 'We are still looking for you' yang akan diberikan kepada penyokong Everton yang akan berkunjung ke Portugal bagi mengikuti perlawanan Everton v Benfica. T-shirt ini diharap dapat meningkatkan kesedaran orang ramai megenai kehilangan Madeleine. Semoga Madeleine akan ditemui kelak dan kemenangan Everton ke atas Benfica dapat dicapai~COYB!!




Klik gambar ini untuk ke website kempen