Showing posts with label Malaysian Football. Show all posts
Showing posts with label Malaysian Football. Show all posts

Tuesday, January 26, 2010

HMCard!


Penjualan HMCard dan Baju dibuka sekarang.

TERMA DAN SYARAT PRA-PESANAN HMCARD + JERSI HARIMAU MALAYA

(a) Promosi pakej kad keistimewaan HMCARD dan jersi Harimau Malaya (“pakej tersebut”) hanyalah bagi tempoh bermula 12 January hingga 14 February 2010 dan sebarang lanjutan kepada pakej tersebut adalah tertakluk kepada budibicara mutlak pihak pengurusan HarimauMalaya.Com (HMC).

(b) Pakej tersebut hanyalah dikhaskan untuk pra-pesanan bagi satu (1) HMCARD dan satu (1) jersi Harimau Malaya sahaja. Ini bertujuan untuk mengumpul maklumat-maklumat peribadi bagi setiap pemegang HMCARD.

(c) Setiap individu yang berhasrat membuat pra-pesanan untuk pakej tersebut perlulah mendepositkan Ringgit Malaysia Lima Puluh Lima Sahaja (RM55.00) ke dalam akaun wakil penjualan yang dilantik HMC, Altra Et Cetera Enterprise, seperti berikut:

(i) Bank : Maybank Berhad
Pemegang Akaun : Altra Et Cetera Enterprise
No. Akaun : 562302007625
Jenis Akaun : Akaun Simpanan Tetap (Current Account)

(ii) Bank : CIMBbank Berhad
Pemegang Akaun : Altra Et Cetera Enterprise
No. Akaun : 12240010618056
Jenis Akaun : Akaun Simpanan Tetap (Current Account)

ANDA DIINGATKAN supaya menyimpan rekod nombor rujukan pembayaran untuk dimasukkan ke dalam borang pesanan seperti yang dinyatakan di perenggan (d) di bawah.

(d) Proses pra-pesanan perlulah dibuat melalui borang pesanan internet yang disediakan di pautan http://ligalima.wufoo.com/forms/prapesa ... si-rm5500/ (“borang pesanan tersebut”)

(e) Borang pesanan tersebut perlulah diisikan dengan lengkap dan tepat sebelum layak diproses. Pihak pengurusan HMC tidak bertanggungjawab kepada sebarang kerugian yang ditanggung disebabkan oleh sebarang maklumat yang tidak lengkap atau tepat yang telah diberikan.

(f) Pemberian nombor siri HMCARD adalah berdasarkan pesanan yang dibuat mengikut urutan kronologi pesanan-pesanan yang dibuat (first-come, first-served basis) dan nombor siri yang belum diberikan dan, untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, sebarang nombor rujukan yang diberikan kepada pra-pesanan tersebut tidak semestinya mewakili nombor siri HMCARD yang akan diberikan kepada pemegang-pemegang HMCARD tersebut. Pihak pengurusan HMC memelihara hak-haknya secara mutlak untuk memberikan mana-mana nombor siri HMCARD kepada mana-mana individu yang dirasakan sesuai.

(g) Ciri-ciri tambahan kepada pakej tersebut, termasuk pencetakan nama samaran di HMC (nickname) pada HMCARD dan khidmat meletak nama dan nombor kepada jersi, tidak akan disediakan.

(h) Sebarang pra-pesanan yang dibuat adalah tertakluk stok yang ada dan pihak pengurusan HMC berhak membatalkan mana-mana pra-pesanan sekiranya syarat tersebut tidak dapat dipenuhi dan semua wang yang telah diterima bagi pra-pesanan tersebut akan dikembalikan.

(i) Penghantaran bagi pakej tersebut akan dibuat dalam tempoh masa dua (2) minggu daripada tarikh pembayaran dibuat melalui khidmat kurier nasional Poslaju.

(j) Sebarang aduan bagi mana-mana barangan yang defektif perlulah dibuat dalam masa tiga (3) hari dari tarikh penerimaan dan perlulah diajukan ke alamat e-mel: altra.etc@gmail.com. Sebarang tuntutan di bawah perenggan ini tidak terpakai kepada kerosakan yang telah disebabkan oleh pembeli sendiri dan / atau dibuat selepas tempoh aduan yang ditetapkan. Barangan yang dinyatakan sebagai defektif perlulah dikembalikan secara keseluruhannya kepada pihak pengurusan HMC sebelum sebarang penggantian barangan dibuat dan, untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, sebarang tuntutan pengembalian wang tidak akan dilayan.

(k) Pihak pengurusan HMC berhak meminda sebarang terma dan syarat di sini pada bila-bila masa tanpa makluman lanjut.

(L) Terdapat Dua Jenis baju yang disediakan
i) Baju HOme belang kuning hitam
ii) Baju Away Jalur merah putih kuning.

Sebarang Pertanyaan boleh diajukan disini atau email.

altra.etc@gmail.com / perwaja@gmail.com

Marketing!

Adakah Persatuan Bola Sepak negeri di Malaysia ini perlukan idea yang lebih baik untuk memulakan konsep marketing mereka?Sila ambil contoh kelab-kelab Bundesliga di Jerman. Se-gah mana pun nama Bayern Munich di dunia ini, mereka masih mengeluarkan produk yang tertera logo pasukan mereka; hinggakan toaster sekali pun tidak terlepas. Pasukan di Malaysia bagaimana?




Saturday, January 9, 2010

Bermulanya Liga Kampung Malaysia untuk tahun keduanya!


P/S: Poster ini adalah BUKAN keluaran FAM. Harap Maklum

Thursday, January 7, 2010

Hebahan Umum


Selaras dengan kebangkitan skuad muda bolasepak kebangsaan, HARIMAUMALAYA.COM (HMC) kini juga melangkah maju setapak lagi. Untuk memastikan kejayaan yang berterusan HMC sebagai komuniti bolasepak terunggul di Malaysia dan terus kekal relevan, beberapa perancangan telah direncanakan untuk tahun 2010.

Beberapa projek yang bakal dijalankan untuk tahun 2010 tersebut termasuklah aktiviti-aktiviti yang diharapkan dapat menarik lebih ramai peminat bolasepak tempatan untuk bersama-bersama di bawah wadah dan panji perjuangan HMC untuk menyokong industri bolasepak Malaysia.

HMC dengan ini berbangga untuk mengumumkan bahawa, sebagai penghargaan kepada penyokong-penyokong bolasepak Malaysia di HMC, kad keistimewaan dan penghargaan HMCARD akan dibuka untuk penjualan kepada umum bermula Januari 2010.

Tujuan penjualan HMCARD ini adalah untuk menjana dana bagi aktiviti-aktiviti HMC, seperti projek kain rentang raksasa yang kini giat diperlengkapkan dan projek bolasepak LIGALIMA, di samping memberikan keistimewaan dan penghargaan kepada ahli-ahli HMC melalui diskaun barangan dan sebagainya. Contoh-contoh keistimewaan yang bakal dinikmati adalah diskaun bagi jersi istimewa HMC dan barangan rasmi yang lain, diskaun barangan sukan jenama terbaru yang akan diperkenalkan, diskaun tempahan gelanggang futsal dan banyak lagi keistimewaan yang akan diumumkan dari masa ke semasa.

Sehubungan dengan itu, maklumat-maklumat yang diterima daripada pemegang-pemegang HMCARD akan disimpan di pengkalan data dan digunakan sebagai ‘database’ bagi tujuan pendaftaran HMC sebagai sebuah pertubuhan atau persatuan rasmi di masa hadapan. Langkah-langkah berkaitan penubuhan ini juga kini sedang giat dijalankan.

Bagi tujuan kemudahan pengendalian penjualan dan penghantaran HMCARD ini kepada ahli-ahli HMC, Altra Et Cetera Enterprise, firma yang dikenali dengan perniagaan jersi-jersi bolasepak Malaysia melalui laman web AKUALTRA.COM, adalah dilantik sebagai wakil HMC dalam pengendalian penjualan dan penghantaran HMCARD ini.

HMCARD akan dijual secara pakej bersama baju HMC pada harga RM55 termasuk kos penghantaran dan penjualan akan dibuka secara rasmi dalam pengumuman seterusnya. Nantikan ketibaan HMCARD ini!

Friday, November 20, 2009

Malaysia 1 -3 Uzbekistan

Malaysia v Uzbekistan AFC 2011 Asian Cup Qualifying

Wednesday, November 18, 2009

Kejor la Yeop...



Saya bukan orang Perak. Tidak pernah menetap di Perak. Mungkin juga, tidak akan menjadi orang Perak, atas faktor bakal orang rumah bukan orang Perak. Namun jujur saya katakan, saya pernah ada sedikit berkira-kira untuk berkhidmat dalam arena papan hitam dan kapur di Negeri Darul Ridzuan suatu hari nanti, selepas pilihan utama Darul Ehsan, Negeri di Bawah Bayu dan Bumi Kenyalang. Tidak mengapa soal itu letak ditepi dahulu untuk tempoh dua tahun yang akan datang.

Berbalik kepada cerita negeri Perak dan saya, jelas faktor-faktor yang membuktikan betapa tiada kaitanya saya dengan negeri Perak menjadikan saya bukan penyokong pasukan Perak. Ini adalah berkait rapat dengan fahaman yang lazimnya diguna pakai dalam bola sepak Malaysia yang berteraskan semangat kenegerian yang amat taksub. Apa boleh buat. Namun untuk posting yang agak menyedihkan kali ini bagi saya, izinkan saya menyibuk dalam hal orang-orang Perak.

Dari cerita orang-orang Perak yang saya dengar, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) kini sedang mengalami krisis dalaman yang agak serius. Pecat sana pecat sini, mintak letak jawatan sana mintak letak jawatan sini, tempelak sana tempelak sini dan macam-macam lagilah tindakan yang mencerminkan tahap pro nya Liga Malaysia di tampilkan dalam krisis ini. Seriusnya krisis ini, habis ahli politik yang berbeza kiblat 'pening kepala' memikirkan 'penyelesaian' kepada masalah yang melanda ini.

Seriusnya krisis ini juga mungkin mengakibatkan Perak tidak dapat beraksi untuk Liga Super musim hadapan. Ianya amat-amat tidak membantu dalam perkembangan Liga Malaysia musim depan yang sudah pun mempunyai sekurang-kurangya 2 pasukan yang bakal menarik diri. Sendirilah baca di sini dan sini.

Poster promo diatas adalah dirujuk. Kata kunci, 'KUTIPAN DANA'. Satu poster dengan kata sifat 'IKHLAS' manakala yang lagi satu menampilkan 'RM1' dan juga bendera Bulan sebagai daya penarik. Persamaan bagi kedua-dua poster terletak kepada tujuan poster tersebut; bertujuan mengutip dana, atau dalam bahasa mudahya, mintak derma. Dan mengikut kefahaman saya, tujuan derma/dana dikutip atau diminta adalah kerana pihak yang meminta derma ketiadaan duit dan memerlukan sedikit duit bagi menjalankan sekian sekian aktiviti.

Persoalan yang bermain dibenak hati daku adalah seperti berikut, tidak mengikut turutan kebenakan soalan yang bermain, benarkah PAFA ketiadaan duit yang sebegini rupa?Bagaimana masalah ketiadaan duit ini boleh timbul? dan yang lagi berat, mampukah kempen RM 1 membantu PAFA dalam menyelesaikan masalah kewangan mereka? dan sampai bilakah persatuan-persatuan bola sepak di Malaysia ini akan terus mengemis untuk memulihkan kembali kewangan mereka?

Untuk krisis kali ini, mungkin derma kilat adalah penyelesaian yang terbaik dan praktikal setakat yang boleh PAFA lakukan dan juga saya fikirkan. Tapi bagi masa-masa yang akan datang (amat-amat berharap masalah ini tidak akan berlaku lagi lah) saya harap PAFA mampu menjana kewangan mereka sendiri. Cuba-cubalah belajar bagaimana kelab-kelab bola sepak di rantau asia tenggara ini menjana kewangan mereka.

Saya sudah pernah menyentuh mengenai merchandising atau dalam bahasa ibunda saya, jualan cenderamata, cenderahati dan cenderahidung barangan-barangan kelab yang beraksi dalam Thailand Premier League. Lihat sini kalau anda terlepas baca.

Kini yang terbaru, mungkin PAFA, malah semua persatuan bola sepak se-malaya boleh belajar bagaimana kelab-kelab Djarum Indonesia Super League pula menjana kewangan pasukan mereka menerusi merchandising . Kelab-kelab Indonesia seperti yang sering diwar-warkan, bukanlah kaya sangat seperti kelab-kelab di Singapura apatah lagi kelab-kelab Liga Inggeris. Mereka pun agak tenat kewanganya seperti pasukan-pasukan Liga Malaysia. Tapi yang membezakan yang bodoh sombong dan pandai berdikari adalah cara bagaimana mereka menjana kewangan mereka.

Sejak subsidi kerajaan kepada kelab-kelab bola sepak Indonesia dimansuhkan, tampak kelab-kelab bola sepak Indonesia semakin berani berdiri di atas kaki sendiri. Sebagai contoh, kelab yang besar pengaruhnya terhadap ULTRAS MALAYA, Arema Malang, mempunyai Online Store mereka sendiri yang menjual beraneka jenis barangan kelab. Menurut website mereka jersey rasmi pasukan dijual sekitar RP 90, 000 iaitu kira-kira RM 33. Kiralah sendiri berapa RM1 yang dapat dijana dengan penjualan barangan kelab berbanding derma RM1 yang dilancarkan PAFA.

Sampai bilakah kita mahu mengemis mengharap ehsan orang ramai sedangkan kita mempunyai banyak cara lain lagi yang lebih professional untuk menjana kewangan pasukan?Terfikirkah orang-orang besar dalam persatuan bola sepak negeri mengenai jualan barangan pasukan secara cetak rompak oleh peniaga-peniaga kecil diluar stadium setiap hari Sabtu?Mengapa tidak adakan satu usahasama yang mampu menguntungkan kedua belah pihak?Tidak mahu mengulas lebih lanjut, bagi peluang kepada orang-orang besar persatuan -persatuan bola sepak se-Malaya yang bergaji besar untuk memikirkan perkara besar selepas ini (orang putih cakap The Next Big Thing) yang mampu menyelamatkan pasukan mereka.




Wednesday, November 11, 2009

Iklan..




Walaupun tertera diposter pertama; poster keluaran FAM, venue perlawanan adalah di Stadium Nasional Bukit Jalil, diharap pembaca sekalian jangan mudah terpedaya dengan propaganda sebegini rupa. Berdasarkan pengalaman lalu, venue bagi perlawanan besar sebegini akan kerap berubah-ubah sehinggalah hari terakhir sebelum tarikh perlawanan oleh FAM diumumkan. Perubahan venue mengikut sedap orang-orang FAM ini tidak lain dan tidak bukan adalah khusus untuk menyelitkan elemen suspens kepada peminat bola sepak seluruh Malaya yang ingin ke stadium menyokong pasukan negara dengan membuatkan mereka tertanya-tanya venue sebenar perlawanan. Bukan itu sahaja, ianya juga mampu membuatkan nafsu amarah penyokong pasukan negara kepada tahap membuak-buak untuk mengetahui venue yang sahih. Namun yang lebih penting, FAM juga berjaya menguji pengetahuan penyokong-penyokong bola sepak negara mengenai stadium bola sepak di kawasan Lembah Kelang. Masakan tidak, hari ini venue perlawanan mungkin di Stadium Nasional Bukit Jalil, entah esok mungkin di Stadium Bola Sepak Cheras dan tidak mustahil juga minggu hadapan akan berubah venuenya kepada Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya. Penyokong sudah masak dengan perkara ini~

Tidak cukup elemen suspens yang berjaya disuntik dengan perubahan venue perlawanan, FAM kali ini bercadang untuk melakukan pembaharuan kepada pendekatan suspens mereka. Kali ini, waktu perlawanan pula yang menjadi pemboleh ubah berubah-ubah. Dari jadual yang dipetik dari laman web berwajah baru FAM yang masih menyedihkan dari segi isi kandungan, perlawanan Kelayakan Piala Asia 2011 diantara Malaysia menentang Uzbekistan adalah dijadualkan pada pukul 5.30pm waktu Malaysia. Hilang akal agaknya FAM. Ini mungkin akibat dari perbuatan keji mereka sebelum-sebelum ini yang cuba mengelirukan penyokong-penyokong Malaysia dengan membuatkan mereka tidak aman dan tenteram, suspens dalam mencari venue perlawanan sebelum-sebelum ini. Tidak sedarkah FAM bahawa 18 November 2009 jatuh pada hari Rabu, iaitu hari bekerja di Malaysia?. Atau FAM hari Rabu memang tidak bekerja?Atau FAM memang selalu tidak bekerja tidak mengira hari?.

Abaikan mengenai hari bekerja FAM, menurut sumber yang boleh dipercayai, memang terdengar desas desus mengenai perubahan masa perlawanan dari waktu yang tidak sesuai 5.30pm kepada waktu yang lebih sinonim dengan bola sepak Malaysia iaitu 8.45pm. Pada masa yang sama juga, sedang giat dijalankan usaha untuk mengusulkan bantahan kepada FAM melalui email gensecfam@gmail.com mengenai waktu perlawanan dan diusulkan waktu perlawanan diubah kepada 8.45pm 18 November 2009. Saya sudah email, anda bila lagi?~

Diharapkan cabaran dan rintangan ini tidak mematahkan semangat penyokong-penyokong Harimau Malaya untuk memenuhkan stadium dengan belang Hitam Kuning pada perlawanan ini nanti. Mereka ini akan berada di stadium. Harap anda diluar sana turut dapat bersama-sama berganding bahu, tenaga dan suara bersama mereka di sana nanti~Cheers!




Oh saya rindukan waktu ini..

Monday, October 26, 2009

Marilah beramal!


Charity Mini Tournament 9 sebelah Jasamu Dikenang Khairul Azman Mohamed adalah sebuah pertandingan bola sepak amal anjuran HarimauMalaya.com dengan kerjasama Pahangcommunity.com dan Sabahrhinos.com. Pertandingan ini diadakan khas untuk mengumpul dana bagi membantu meringankan beban Khairul Azman yang memerlukan pembedahan segera untuk mengantikan ligamen dan otot tendon pada kedua belah lutut beliau yang mana kos pembedahan adalah sekitar RM16,000.

Namun begitu penganjur pertandingan yang akan dilangsungkan pada 01 November 2009, bertempat di Mini Stadium Pancarona, Putra Jaya ini hanya meletakkan sasaran kutipan sebanyak rm5,000 sahaja. Justeru itu, bantuan orang ramai untuk menyalurkan dana serta memeriahkan pertandingan ini adalah sangat-sangat diperlukan. Mereka yang ingin menderma, anda bolehlah menghulurkan sumbangan ikhlas anda kepada tabung amal ini melalui akaun CIMB bernombor 05060126928521 (pemilik akaun: Dinie Asyraf Bin Salehan). Sebelum menderma anda digalakkan untuk memaklumkan kepada Saudara Dinie Asyraf mengenai sumbangan anda melalui e-mail terlebih dahulu di dinieasyraf@gmail.com. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi wakil HMC, En Mathew Yong (016-6975108), En Faizan Othman (013-3332402), dan Mohd Shazwan Wong Abdullah (012-6091912). Selamat beramal~

Dan semalam telah berlangsung sesi rakaman promosi pertandingan yang mendapat liputan TV3 dan Berita Harian. Berikut adalah sedikit gambar yang dirembat dengan izin daripada Encik Labu.


Rakaman..



Pengganas bola sepak Malaysia..



Orang kuat..

Sunday, October 18, 2009

Peraduan Cabutan Bertuah yang agak P-E-L-I-K....


Anda memang amat bertuah kalau nombor siri tiket anda telah dicabut sebagai pemenang untuk peraduan yang tidak dumumkan hadiahnya...

Tidak mengapalah, teruskan menyokong bola sepak negara..

Thursday, October 15, 2009

Koleksi Musim Panas 2009

Morroco Home

Senegal Home


Ghana Home

Ghana Away

Cameroon Away


Angola Home

Cameroon Home

Egypt Home

Ivory Coast Away

Ivory Coast Home


Dapatkan di pasaran Uganda sekarang!


Gambar-gambar persalinan pasukan-pasukan Afrika yang sungguh berwarna-warni ini adalah dari koleksi musim panas keluaran Puma di bawah projek jersey PUMA v.1.10.. Koleksi terbaru ini adalah bersempena dengan Piala Negara Afrika 2010 yang akan dilangsungkan pada Januari awal tahun hadapan di Angola. Design yang sungguh sick sekali!

Itu cerita negara-negara Afrika. Bila cerita pasal negara sendiri tanah tumpahnya darahku, mula la darah yang tumpah tu, nak mendidih. Bagi peminat bola sepak tanah air yang sentiasa mengikuti perkembangan skuad negara, tidak kiralah pasukan senior atau Harimau Muda pasti perasan dengan perkara pelik ini. Pelik bukanlah kepada prestasi skuad negara yang sekejap tampak hebat dan sekejap nampak longlai. Itu sudah menjadi kebiasaan. Tapi ini, memang sesuatu yang amat pelik, malah memang amat sangat-sangat pelik walaupun kepada pasukan yang pengurusannya masya-Allah memang pelik didalam donia ini. Ianya ialah masalah berkaitan jersey Hitam Kuning skuad Harimau Malaya.

Sejak ditaja Nike berkuatkasa Januari 2007, iaitu beberapa bulan sebelum sepak mula Piala Asia 2007, sehinggalah Suzuki Cup 2008 Malaysia telah mempunyai 2 set jersey keluaran Nike yang direka ala kadar sesuai dengan prestasi pasukan. Namun begitu, jersey keluaran tahun 2008 tampak lebih sexy dan kemas dipakai wira-wira negara berbanding jersey keluaran 2007 yang nampak suram bertepatan dengan pengalaman ngeri rakyat Malaysia pada Piala Asia 2007 dulu. Masalah yang pelik seperti saya katakan tadi timbul, bila mana orang -orang tua di Wisma FAM Kelana Jaya, gagal dalam membezakan yang mana satu jersey baru dan yang mana satu jersey lama skuad negara. Akibatnya, skuad negara lebih banyak tampil sejak akhir-akhir ini dengan jersey lama keluaran 2007 yang sungguh sedih dilihat.

Kalau ada pun memakai jersey keluaran 2008, ianya hanya melibatkan jersey away yang berwarna biru sahaja. Kepelikkan ini mungkin tidak terlalu nyata pada suatu masa dahulu, dikala kepercayaan tahyul dan khurafat masih diterima pakai Wisma FAM, dipercayai jersey away berwarna biru ini mampu memberikan kehebatan tiada tolok bandingannya, sehebat skuad Piala Dunia 2006 Italy. Kepercayaan karut dan khurafat ini semakin menjadi-jadi selepas kejayaan skuad negara memenangi Pestabola Merdeka 2007, yang mana kebanyakkan perlawanan skuad negara adalah dengan jersey away berwarna biru. Namun begitu, selepas berakhirnya fantasi dan khayalan rakyat Malaysia di tangan Helmi Eliza pada Suzuki Cup di Phuket 2008, kepercayaan karut ini semakin tenggelam.

Ianya kini diganti dengan kepelikkan yang terserlah bermula dari Kunjungan Mesra Syaitan Merah terhadap Peminat Plastik Asia mereka baru-baru ini. Skuad negara tampil dalam perlawanan tersebut dengan jersey keluaran 2008, namun jersey yang berwarna biru. Situasi sama terus berlaku lagi melibatkan skuad Harimau Muda di Slovakia, yang mana menggunakan jersey keluaran 2007 Hitam Kuning serta jersey biru keluaran 2008. Sehinggalah yang terbaru pada Newspaper Cup di Vietnam dan sebelum itu di Pra Sukan Sea di Laos yang melibatkan skuad Harimau Muda.

Persoalan yang timbul, dimanakah hilangnya jersey Hitam Kuning keluaran 2008?Sudah ketiadaan belang lagikah?Adakah ini salah FAM atau salah penaja, Nike yang tampak sambil lewa dan nak tak nak sahaja dalam menaja skuad yang tidak ternama ini. Mengikut perbualan jalanan pengkritik-pengkritik bola sepak tanah air yang berpusat di Jalan Pantai Baru suatu ketika dulu, sesungguhnya memang Nike tidak ikhlas pun dalam menaja skuad negara. Tuduhan tersebut disokong dengan teori Penajaan Piala Asia 2007 yang penaja utamanya adalah Nike, ekoran host nations pada kejohanan itu keempat-empatnya ditaja Nike (Vietnam baru ditaja Nike awal tahun ini). Ekoran tuduhan tersebut, tidak hairanlah Nike seakan -akan lepas tangan dalam tanggungjawab mereka menaja skuad negara. Ini adalah amat jelas dan sangat-sangat berbeza dengan penajaan Puma yang dapat dilihat dari keluaran terbaru mereka. Puma tampak lebih serius dan ikhlas dalam menaja negara-negara Afrika, bukan sahaja pada jersey mereka tetapi juga kepada pembangunan bola sepak di negara-negara Afrika tersebut. Patutkah FAM mendapatkan penajaan Puma bila mana penajaan Nike tamat pada 2011 kelak?...

Dari Siri Perlawanan di Slovakia lagi..

Bagi kat Duta Malaysia pun jersey lama...

Lawan Thailand di Pra Sukan Sea di Laos..Lihat jersey Hitam Kuning kita..Lihat jersey Thailand..

Players gembira dengan jersey baru..

Sedih sampai menangis dah budak tu dengan jersey lama....

Shirt on..ya right..

Lawan Man Utd yg Malaysia home pon pkai jersey away....

Lawan Lesotho dengan jersey lama..

Jersey baru hanya jersey biru..

Friday, September 4, 2009

Style la!


Setinggi- tinggi tahniah diucapakan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia kerana telah mempunyai laman web berwajah baru, berteknologi flash serta tampak up to date. Bukan itu sahaja, malah Malaysian Super League juga kini turut mempunyai laman web khas sendiri yang dibezakan dengan laman web rasmi FAM. Diharapkan perubahan ini mampu membawa bola sepak Malaysia ke arah yang lebih positif.

Tuesday, September 1, 2009

Selamat Hari Merdeka!







Hoping for more friendly matches for our national team...

Saturday, August 29, 2009

Ketiadaan Duit..


Saya memang tidak berduit pun di kala dan ketika ini. Tetapi setidak berduit saya pun, tiadalah pula saya menghebohkan satu dunia..err..ker saya sudah pun terheboh?..tidak mengapalah. Topic pada posting kali ini adalah berkenaan keadaan ekonomi Persatuan Bola Sepak di Malaysia yang kian meruncing.Isu EPF, gaji tertunggak, gaji tak mahu bayar, pemain tidak bergaji dan bermacam- macam isu lagi melanda, dan yang terbaru, melibatkan Persatuan Bola Sepak Sarawak. Isu-isu begini amat-amatlah tidak mustahil berlaku untuk pasukan-pasukan dalam Liga M, yang mana, income pasukan adalah semata-mata duit kutipan tiket yang tidak seberapa. Sekitar RM30,000 untuk 13 perlawanan, sebagai contoh, nilai yang berjaya dikutip oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak. Nilai yang RM10,000 melebihi perbelanjaan mereka setiap kali terbang keluar dari Kuching, yang menelan belanja RM20,000.

Sedih mendengarnya. Cakap banyak pun tiada gunanya. Sila lihat contoh terdekat dari jiran sebelah kita di utara, Thailand. Thailand Premier League memang diakui FIFA sebagai salah sebuah liga bola sepak di Asia yang cepat proses pembangunan dan perkembanganya. Terbaru, tak baru sangat la, 19 Julai yang lalu, sebuah gedung membeli belah ibarat Megastore di Old Trafford semasa zaman keagungan David Beckham dahulu, telah dilancarkan oleh syarikat pakaian sukan kebanggaan Thailand, FBT. Gedung membeli belah ini terletak di FBT Building, berhadapan Stadium Rajamangala. Bezanya dengan Megastore di Old Trafford ialah, gedung membeli belah ini, yang diberi nama TPL Shop, menawarkan semua barangan rasmi pasukan-pasukan dalam Thailand Premier League.


Kalau difikirkan logik, Thailand Premier League sepatutnya tidak perlu sebuah store yang menggumpulkan semua barangan rasmi pasukan-pasukan yang bertanding dibawah satu bumbung, kerana boleh dikatakan, hampir setiap pasukan mempunyai strategi pemasaran masing-masing dan amat-amat berdikari dalam mencari profit, berbeza dengan semangat persatuan bola sepak di Malaysia yang terlalu bergantung harap kepada FAM yang bukanlah bagus sangat pun. Sebagai contoh, Bangkok Glass, sebuah kelab Bangkok yang semakin meningkat naik, mempunyai sebuah laman web dwi bahasa yang 100 kali lebih interactive dan selalu dikemas kini berbanding laman web FAM yang hidup segan mati tidak mahu. Begitu juga dengan Muang Thong United, kelab yang julung-julung kalinya beraksi dalam Thailand Premier League setelah menjuarai Thailand Divison 1 League, turut mempunyai sebuah laman web dwi bahasa yang setanding dengan website Arsenal, parent club kepada Muang Thong United. Menerusi laman web ini juga, mereka memaksimumkan sumber pendapatan mereka menerusi pengiklanan dan juga online store, yang menjual beraneka jenis barangan rasmi pasukan.




Jadi, apakah rasionalnya Thailand Premier League mempunyai sebuah one-stop store?. Menurut sumber Thai league football, mereka percaya bahawa one-stop store ini merupakan satu langkah setapak lagi kehadapan dalam mempromosikan Liga Bola Sepak Thailand disamping menambah pendapatan pasukan bertanding, liga dan juga Persatuan Bola Sepak Thailand sendiri. Namun begitu, pada pandangan saya yang tidak berapa arif dalam Bola Sepak Thailand, saya berpendapat one-stop store ini dilancarkan khas demi mengajar manusia bijak pandai dalam pengurusan bola sepak 'professional' di Malaysia tentang bagaimana untuk mengatasi masalah ekonomi bola sepak Malaysia yang kian tenat.

P/S: Perlu contoh yang lebih baik? Ambillah inspirasi dari J League.







Saturday, July 11, 2009

Mari! Mari! Mari!


Poster bertulisan Bahasa Siam di atas ini bukanlah poster promosi rumah urut termasyur di Phuket ataupun poster jualan longgok besar besaran barangan Golok. Tidak. Poster tersebut merupakan poster promo untuk suatu perlawanan persahabatan di kala Liga Thai sedang berada di musim rehat pertengahan liga di antara kelab yang sungguh tidak ternama, Khon Kaen dari lower division menentang kelab paling ternama Thailand Premier League, Chonburi.


Tujuan post ini ditulis bukanlah ingin menyentuh aspek bahasa berkaitan tatabahasa Bahasa Siam, jauh sekali kesalahan ejaan Bahasa Siam poster ini, tetapi ingin membawa pembaca yang dihormati sekalia berfikir seketika.(Kena sopan sikit, kalau-kalau ada orang FAM terbaca post ni). Cuba renungkan logo-logo panjang dibawah poster tersebut. Mengikut perkiraan saya yang agak kurang cerdik Matematiknya, (belum lagi belajar Matematik dalam Bahasa Omputih..) terdapat 11 logo kesemuanya. Logo-logo ini bukanlah dilukis mahupon ditampal sesuka hati oleh pembuat poster ini mahupun tagger-tagger jalanan. Logo-logo ini merupakan logo-logo company atau dalam Bahasa ibunda saya, syarikat, yang mengusaha perniagaan mereka. Entah halal entah haram tidak pula saya tahu. Apa yang saya pasti dan tahu, logo-logo ini dicetak bersama poster promo perlawanan persahabatan ini adalah lain dan tidak bukan lagi kerana syarikat-syarikat ini telah mengeluarkan sejumlah belanja kepada Persatuan Bola Sepak Siam sebagai duit kopi dan akan masuk terus kepada poket tuan presiden...eh eh..silap...belanja kepada Persatuan Bola Sepak Siam untuk memajukan sukan bola sepak di serata pelusuk negara Gajah Putih disamping mempromosikan produk jualan mereka. Dalam bahasa mudah, konsep ini dikenali sebagai tajaan. Banyak logo-logo syarikat yang tertera di poster-poster keluaran Persatuan Bola Sepak Siam, banyaklah juga duit yang persatuan mereka terima dari syarikat-syarikat yang menaja. Amat senang bukan bunyinya?


Ingin saya bawa pembaca sekalian kembali ke tanah tumpahnya darahku kemana lagi kalau tidak ke Malaysia. Dalam konteks bola sepak 'profesional' Malaysia, pernahkan anda, yang lahir selepas tahun 1988 (hehe) menyaksikan poster sedemikian rupa, keluaran FAM, dengan bilangan logo-logo panjang yang sama, mahupun kurang satu ker dua ker, tidak kisahlah. untuk perlawanan melibatkan pasukan-pasukan Liga M. Pernahkah kalian?. Atau soalan yang lebih tepat, pernahkah FAM keluarkan poster promo untuk sebarang perlawanan anjuran mereka?....




Tuesday, May 26, 2009

International U-23 Friendly Match


Perlawanan pemanas badan dan passion sebelum Sukan Sea ke 25 di Laos Disember nanti. Juga boleh dikatakan perlawanan pemanas badan dan suara bagi ULTRAS MALAYA sebelum perlawanan yang 'ditunggu-tunggu', iaitu menentang Syaitan Merah, 18 Julai nanti. Squad Bawah 23 tahun negara akan terlebih dahulu ke China, dari 1 Jun hingga 10 Jun untuk beberapa siri perlawanan persahabatan menentang kelab-kelab di sana. Manakala squad bawah 23 tahun Indonesia pula, tidak mahu kalah, akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang jagoan Asia, iaitu Iran, pada 26 & 28 Jun 2009 selepas perlawanan persahabatan dengan Malaysia nanti. Semoga berjaya!

Info terkini mengenai perlawanan persahabatan ini boleh diikuti di sini. Datanglah beramai-beramai~






We are the 12th man...