Menurutnya, kejayaan terbaru 1-0 menewaskan Kuala Muda Naza dalam perlawanan di Stadium Darulaman, Alor Setar itu memberikan tiga mata berharga untuk memintas Selangor dan Kelantan yang masing-masing tewas, 1-2 kepada Terengganu dan Negeri Sembilan.
Perlis yang berada di tangga ketiga sebelum perlawanan, kini mengumpul 22 mata dan Irfan Bakti tidak berselindung bahawa kedudukan di puncak carta bakal mengundang cabaran baru kepada anak buahnya.
“Kita perlu lihat dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku ke atas dua pasukan pendahulu sebelum ini, Selangor dan Kelantan serta tidak boleh terlalu berbangga atau terbawa-bawa kerana saingan masih di peringkat awal dan banyak cabaran perlu ditempuhi selepas ini,” katanya.
Dalam perlawanan kelmarin, skuad Singa Utara mencipta kemenangan menerusi tandukan penyerang utamanya, Mohd Nizaruddin Yusoff yang menyudahkan hantaran lambung ketua pasukan, Mohd Fauzie Nan pada minit ke-22.
Sumber : www.bharian.com.my
p/s: Saya rindukan Stadium Utama Negeri yg pnuh dan bsing dan havoc..Juaralah Singa Utara season ini!Rempuh Perlis Rempuh!