Saturday, October 24, 2009

Menanti Hari Bonfire!


Remember, remember the Fifth of November,

The Gunpowder Treason and Plot,
I know of no reason
Why the Gunpowder Treason
Should ever be forgot.


Barang siapa yang tidak pernah mendengar bait-bait ritma tradisional ini, ...... Tidak mengapa. Ritma tradisional yang cukup terkenal ini; lebih-lebih lagi selepas tahun 2000, apabila dipopularkan oleh sebuah filem anarchy yang cukup hebat, iaitu V for Vendetta, adalah ritma Inggeris yang amat sinonim dengan festival Malam Guy Fawkes atau lebih dikenali dengan nama Bonfire Night. Bonfire Night disambut setiap 5 November sejak dari tahun 1606 lagi oleh setiap manusia yang merasakan diri mereka Inggeris, tidak kiralah di United Kingdom, Australia, New Zealand, South Africa, Kepulauan Carribean malahan juga kepada segelintir penyokong tegar Manchester United di Malaysia. Menurut sejarah, tujuan perayaan ini disambut adalah untuk mengigati peristiwa penangkapan Guy Fawkes pada 5 November 1605 ketika beliau cuba meletupkan Houses of Parliament di London dengan menggunakan beberapa dozen tong gunpowder buatan China. Guy Fawkes yang kemudianya digantung dikhalayak ramai atas tuduhan khianat, menjadi peringatan kepada umat Inggeris seluruh dunia terhadap kejinya perbuatan khianat. Dan simboliknya perayaan ini dengan bunga api, pyrotechnic dan flares adalah kerana gunpowder yang cuba digunakan Guy Fawkes untuk meletupkan Houses of Parliament.

Houses of Parliament

5 November 2009 bakal tiba tidak lama lagi; minggu hadapan. Bagi rakyat Malaysia yang pertama kalinya akan menyaksikan perayaan ini secara langsung didepan mata (sayalah tu), memang tidak sabar untuk menantikannya. Namun, ada 1 benda lagi yang membuatkan 5 November 2009 ini satu tarikh yang ditunggu-tunggu; lebih-lebih lagi selepas Lisbon Tragedy yang amat-amat mendukacitakan itu berlaku tempoh hari. 5 November nanti bakal menyaksikan 'perlawnan ulangan' Everton menentang SL Benfica; yang tiada belas kasihan membelasah Everton di Lisbon, nanti di Goodison Park . Our Captain Marvel, Phil Neville awal-awal lagi telah melaungkan amaran kepada Benfica, bahawa skuad Everton pada 5 November nanti bakal berbeza sama sekali berbanding 'reserve-squad' yang beraksi di Lisbon Khamis lalu. Sini ada sedikit gambar tragedi tersebut. Sedih untuk diceritakan secara lebih lanjut..


Ambik sikit keratan akhbar berbahasa Portugis..kurang sedey sikit sebab tak faham..

15 Million Fellaini; not good enough..

Saviola was on fire that night..

Great Capiten, Luisao

Fellaini with Pablo Aimar..

Gosling; inexperience. Gave Angel di Maria far too much space..

Cahill; his worst game ever in Everton royal blue jersey..

Struggled to defend set pieces; far from last season's performance..

*Bring on Bolton on Sunday!COYB!

No comments: