Tuesday, October 27, 2009

Perlukan doktor berkemampuan Magis dengan segera!

Kalah lagi. Kekalahan kedua dalam minggu ni. Kali ni, 3-2 kepada Bolton. Berdasarkan full table premier league, Everton di tempat ke 14 dengan 4 kekalahan dari 9 perlawanan. Kalah 2 kali lebih daripada pendahulu liga, Chelshit yang hanya tewas 2 kali. Entah sebab aper, season ni, rasa macam sangat-sangat teruk. Kalau macam last season pun, memang Everton lambat panas. Tapi season ni, tak tahulah saya. Nampak seperti sangat teruk. Mungkin sebab tewas dengan Benfica banyak sangat. Tapi tewas dengan Arsenal lagi banyak, tewas kepada kuasa duit pun ada jugak, dan yang paling terasa sekali rasanya, tewas kepada kecederaan la kot...Some action from the Blue Boys~

Goalscorers yg frustrated...

Saha's superb strike!

Fellaini's wicked goal!

Tolonglah jangan cedera lagi boys!

Tolong lah jangan!

.....

Afro head

Off to the capital, London for the 4th round Carling Cup game against Spurs today. COYB!Oh ya!The boys will don the brand new limited edition purple Everton jersey. This purple jersey represents the adopted colour of Liverpool Unites, Everton’s charitable partner for the 2009/10 season. Hope that this new colours will bringing in changing in confident to the boys!COYB!




Gempar!


Imej yang sungguh menakutkan muncul di kaca tv!!

Monday, October 26, 2009

Marilah beramal!


Charity Mini Tournament 9 sebelah Jasamu Dikenang Khairul Azman Mohamed adalah sebuah pertandingan bola sepak amal anjuran HarimauMalaya.com dengan kerjasama Pahangcommunity.com dan Sabahrhinos.com. Pertandingan ini diadakan khas untuk mengumpul dana bagi membantu meringankan beban Khairul Azman yang memerlukan pembedahan segera untuk mengantikan ligamen dan otot tendon pada kedua belah lutut beliau yang mana kos pembedahan adalah sekitar RM16,000.

Namun begitu penganjur pertandingan yang akan dilangsungkan pada 01 November 2009, bertempat di Mini Stadium Pancarona, Putra Jaya ini hanya meletakkan sasaran kutipan sebanyak rm5,000 sahaja. Justeru itu, bantuan orang ramai untuk menyalurkan dana serta memeriahkan pertandingan ini adalah sangat-sangat diperlukan. Mereka yang ingin menderma, anda bolehlah menghulurkan sumbangan ikhlas anda kepada tabung amal ini melalui akaun CIMB bernombor 05060126928521 (pemilik akaun: Dinie Asyraf Bin Salehan). Sebelum menderma anda digalakkan untuk memaklumkan kepada Saudara Dinie Asyraf mengenai sumbangan anda melalui e-mail terlebih dahulu di dinieasyraf@gmail.com. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi wakil HMC, En Mathew Yong (016-6975108), En Faizan Othman (013-3332402), dan Mohd Shazwan Wong Abdullah (012-6091912). Selamat beramal~

Dan semalam telah berlangsung sesi rakaman promosi pertandingan yang mendapat liputan TV3 dan Berita Harian. Berikut adalah sedikit gambar yang dirembat dengan izin daripada Encik Labu.


Rakaman..



Pengganas bola sepak Malaysia..



Orang kuat..

Vissai Ninh Binh


Vissai Ninh Binh adalah sebuah kelab Vietnam yang tidak pernah saya dengar namanya yang baru sahaja di promoted ke V-League utk season depan. Apa yang menarik mengenai pasukan aini, ialah semangat dan kesungguhan yg ditunjukkan pengurusan kelab ini yang ditunjangi sebuah badan korporat; The Vissai Corporation. Belum pun lagi merasai bahang kemeriahan top flight football di V-league, mereka telah mengumumkan projek pembinaan sebuah kompleks sukan di wilayah Ninh Binh.

Projek yang akan dimulakaan pembinaan bermula Februari 2010 ini, akan menempatkan 4 padang latihan dan youth team academy house, serta sebuah stadium bola sepak mereka sendiri yang berkapasiti 30 000 penonton dan berbumbung penuh. Highlight perkataan ialah, STADIUM BOLA SEPAK, yang bermaksud, stadium khas untuk bola sepak yang tiada punyai trek larian disekeliling padang. Peminat fanatik liga inggeris mesti tau punya~Projek ini dijangka menelan belanja USD 166 juta.


P/S: Saper2 tolong la pesan kt FAM, klo x nk ketinggalan lebih dahsyat lg dlm bola sepak, lebih2 lg, kt level asia tenggara ni, sila la lakukan sesuatu...

Saturday, October 24, 2009

Menanti Hari Bonfire!


Remember, remember the Fifth of November,

The Gunpowder Treason and Plot,
I know of no reason
Why the Gunpowder Treason
Should ever be forgot.


Barang siapa yang tidak pernah mendengar bait-bait ritma tradisional ini, ...... Tidak mengapa. Ritma tradisional yang cukup terkenal ini; lebih-lebih lagi selepas tahun 2000, apabila dipopularkan oleh sebuah filem anarchy yang cukup hebat, iaitu V for Vendetta, adalah ritma Inggeris yang amat sinonim dengan festival Malam Guy Fawkes atau lebih dikenali dengan nama Bonfire Night. Bonfire Night disambut setiap 5 November sejak dari tahun 1606 lagi oleh setiap manusia yang merasakan diri mereka Inggeris, tidak kiralah di United Kingdom, Australia, New Zealand, South Africa, Kepulauan Carribean malahan juga kepada segelintir penyokong tegar Manchester United di Malaysia. Menurut sejarah, tujuan perayaan ini disambut adalah untuk mengigati peristiwa penangkapan Guy Fawkes pada 5 November 1605 ketika beliau cuba meletupkan Houses of Parliament di London dengan menggunakan beberapa dozen tong gunpowder buatan China. Guy Fawkes yang kemudianya digantung dikhalayak ramai atas tuduhan khianat, menjadi peringatan kepada umat Inggeris seluruh dunia terhadap kejinya perbuatan khianat. Dan simboliknya perayaan ini dengan bunga api, pyrotechnic dan flares adalah kerana gunpowder yang cuba digunakan Guy Fawkes untuk meletupkan Houses of Parliament.

Houses of Parliament

5 November 2009 bakal tiba tidak lama lagi; minggu hadapan. Bagi rakyat Malaysia yang pertama kalinya akan menyaksikan perayaan ini secara langsung didepan mata (sayalah tu), memang tidak sabar untuk menantikannya. Namun, ada 1 benda lagi yang membuatkan 5 November 2009 ini satu tarikh yang ditunggu-tunggu; lebih-lebih lagi selepas Lisbon Tragedy yang amat-amat mendukacitakan itu berlaku tempoh hari. 5 November nanti bakal menyaksikan 'perlawnan ulangan' Everton menentang SL Benfica; yang tiada belas kasihan membelasah Everton di Lisbon, nanti di Goodison Park . Our Captain Marvel, Phil Neville awal-awal lagi telah melaungkan amaran kepada Benfica, bahawa skuad Everton pada 5 November nanti bakal berbeza sama sekali berbanding 'reserve-squad' yang beraksi di Lisbon Khamis lalu. Sini ada sedikit gambar tragedi tersebut. Sedih untuk diceritakan secara lebih lanjut..


Ambik sikit keratan akhbar berbahasa Portugis..kurang sedey sikit sebab tak faham..

15 Million Fellaini; not good enough..

Saviola was on fire that night..

Great Capiten, Luisao

Fellaini with Pablo Aimar..

Gosling; inexperience. Gave Angel di Maria far too much space..

Cahill; his worst game ever in Everton royal blue jersey..

Struggled to defend set pieces; far from last season's performance..

*Bring on Bolton on Sunday!COYB!

Friday, October 23, 2009

Galaktikus 2 Rossonero 3!



Sorry Ramos..just not your day~!

Seedorf after the great assist!

Pato: F**k off Dida don't come near me you stupid wank!
Dida: Yeah..yeah..

Bunch of school boys in white..

I gotcha Raul!

Bunny Hop!



Thursday, October 22, 2009

Orang Toffees di Lisbon

Smiley

Jo yang bersemangat

Pasukan Perancis..

Estadio da Luz, Lisbon

Pukul berapa Datuk Harimau

Timmy Cahill dan Billy boy~!

Baines

Let's shoot some cones boys!

Wednesday, October 21, 2009

Marilah mengalahkan Galacticos dan KAKA!!

Leonardo

a chi ha il Milan ed i suoi colori nel cuore..tanya cikgu Italiano la..

Gigi Arnab: Harapnya sentuhan pemusnah kamu berterusan

Pippo!!!Kita tidak perlukan Gourcuff..kot..hehe..

Mighty Duck Pato


Macam-macam cerita hangat timbul menjelang perlawanan 'Derby of Europe' seperti yang digelarkan lagenda bola sepak Italy, Franco Baresi untuk perlawanan Galacticos of Madrid bertemu AC Milan. Bagi Baresi, beliau bolehlah cerita banyak mengenai perlawanan ini, kerana beliau adalah tonggak dalam skuad 1989 Milan yang membelasah Real Madrid 5-0 dalam Pertandingan Eropah dahulu kala. Itu cerita 1 tahun lepas saya lahir la,namun realitinya kini selepas 21 tahun sudah umur saya, mungkin Galacticos pula yang akan membelasah AC Milan 5-0. Ini adalah 100% berdasarkan form AC Milan yang seperti sudah lama tidak bermain bola. Walaupun Milan masih segar dengan kemenangan 2-1 ke atas Roma minggu lepas, semua Rossonero pun tahu bahawa kemenangan itu, jauh dari kemenangan yang menyakinkan. Disebabkan itulah kini timbul ura-ura bahawa Milan mahukan kembali Yoan Gorcuff. Itulah, dulu waktu budak ni nak bermain untuk Milan, tak bagi. Sekarang ni, dah gila talak. Anyway, semoga berjaya merah hitam!

Madeleine McCann..





Hari esok, 22 Oktober 2009, akan berlangsungnya perlawanan ke-3 peringkat kumpulan I, Europa League yang akan menemukan pasukan ternama dari Portugal, SL Benfica menentang The Mighty Blues, Everton di Stadium of Light, Lisbon; atau nama Portugis nya Estadio da Luz yang cukup terkenal di seantero donia. Secara simboliknya keberangkatan Skuad Toffeemen ke Portugal untuk perlawanan ini, mengingatkan kembali seluruh Liverpool dan United Kingdom kepada Madeleine McCann; bukan Mary Magdalene. 2 tahun yang lalu, lebih tepat 29 bulan yang lalu, Madeleine McCann pada 2007 telah berkunjung ke Portugal bersama keluarganya untuk bercuti di sebuah resort, Praia de Luz. Namun percutian yang dirangka bertukar menjadi tragedi apabila Madeleine dilaporkan hilang ketika berada di resort tersebut. Sehingga kini, Madeleine masih gagal ditemui.



Sehubungan dengan itu, Everton FC semalam, 20 Oktober 2009, melalui laman webnya yang hari-hari saya buka, telah melancarkan kempen mencari Madeleine bagi peringkat antarabangsa. Melalui kempen ini, Everton telah mengeluarkan sebanyak 6000 t-shirt percuma; 3000 dalam bahasa Inggeris dan 3000 lagi dalam bahasa Portuguese, bercetak, 'We are still looking for you' yang akan diberikan kepada penyokong Everton yang akan berkunjung ke Portugal bagi mengikuti perlawanan Everton v Benfica. T-shirt ini diharap dapat meningkatkan kesedaran orang ramai megenai kehilangan Madeleine. Semoga Madeleine akan ditemui kelak dan kemenangan Everton ke atas Benfica dapat dicapai~COYB!!




Klik gambar ini untuk ke website kempen