Wednesday, November 11, 2009

Iklan..




Walaupun tertera diposter pertama; poster keluaran FAM, venue perlawanan adalah di Stadium Nasional Bukit Jalil, diharap pembaca sekalian jangan mudah terpedaya dengan propaganda sebegini rupa. Berdasarkan pengalaman lalu, venue bagi perlawanan besar sebegini akan kerap berubah-ubah sehinggalah hari terakhir sebelum tarikh perlawanan oleh FAM diumumkan. Perubahan venue mengikut sedap orang-orang FAM ini tidak lain dan tidak bukan adalah khusus untuk menyelitkan elemen suspens kepada peminat bola sepak seluruh Malaya yang ingin ke stadium menyokong pasukan negara dengan membuatkan mereka tertanya-tanya venue sebenar perlawanan. Bukan itu sahaja, ianya juga mampu membuatkan nafsu amarah penyokong pasukan negara kepada tahap membuak-buak untuk mengetahui venue yang sahih. Namun yang lebih penting, FAM juga berjaya menguji pengetahuan penyokong-penyokong bola sepak negara mengenai stadium bola sepak di kawasan Lembah Kelang. Masakan tidak, hari ini venue perlawanan mungkin di Stadium Nasional Bukit Jalil, entah esok mungkin di Stadium Bola Sepak Cheras dan tidak mustahil juga minggu hadapan akan berubah venuenya kepada Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya. Penyokong sudah masak dengan perkara ini~

Tidak cukup elemen suspens yang berjaya disuntik dengan perubahan venue perlawanan, FAM kali ini bercadang untuk melakukan pembaharuan kepada pendekatan suspens mereka. Kali ini, waktu perlawanan pula yang menjadi pemboleh ubah berubah-ubah. Dari jadual yang dipetik dari laman web berwajah baru FAM yang masih menyedihkan dari segi isi kandungan, perlawanan Kelayakan Piala Asia 2011 diantara Malaysia menentang Uzbekistan adalah dijadualkan pada pukul 5.30pm waktu Malaysia. Hilang akal agaknya FAM. Ini mungkin akibat dari perbuatan keji mereka sebelum-sebelum ini yang cuba mengelirukan penyokong-penyokong Malaysia dengan membuatkan mereka tidak aman dan tenteram, suspens dalam mencari venue perlawanan sebelum-sebelum ini. Tidak sedarkah FAM bahawa 18 November 2009 jatuh pada hari Rabu, iaitu hari bekerja di Malaysia?. Atau FAM hari Rabu memang tidak bekerja?Atau FAM memang selalu tidak bekerja tidak mengira hari?.

Abaikan mengenai hari bekerja FAM, menurut sumber yang boleh dipercayai, memang terdengar desas desus mengenai perubahan masa perlawanan dari waktu yang tidak sesuai 5.30pm kepada waktu yang lebih sinonim dengan bola sepak Malaysia iaitu 8.45pm. Pada masa yang sama juga, sedang giat dijalankan usaha untuk mengusulkan bantahan kepada FAM melalui email gensecfam@gmail.com mengenai waktu perlawanan dan diusulkan waktu perlawanan diubah kepada 8.45pm 18 November 2009. Saya sudah email, anda bila lagi?~

Diharapkan cabaran dan rintangan ini tidak mematahkan semangat penyokong-penyokong Harimau Malaya untuk memenuhkan stadium dengan belang Hitam Kuning pada perlawanan ini nanti. Mereka ini akan berada di stadium. Harap anda diluar sana turut dapat bersama-sama berganding bahu, tenaga dan suara bersama mereka di sana nanti~Cheers!




Oh saya rindukan waktu ini..

6 comments:

Pokjak a.k.a. Aizat said...

Fiq kn balik mesia jgn luper ajak ak gak, nk join gak korang g stad, best giler sokong pasukan mesia, walaupun ak bukan Geng Rimau :D

aFiQ said...

Saper kata ko bkn Geng Rimau?Budak IPBA secara automatiknya tnpa perlu dipaksa adalah Geng2 Rimau..Tinggal rmai yg x dpt join gi stadium jerla~Klo x mmg 1 IPBA da kt stadium..

Pokjak a.k.a. Aizat said...

haha btol2. nti ko bwa la keter bleh bwak member2 p stad bru happening haha

aFiQ said...

hahaa..tgkla cmna nnt..klo ader kete mmg ak angkut 1 blok 1 tu..hehe~

meor-name-depan-ku said...

AFIQ, sekasar mane aku mengkritik, sekeras mane ayat terpacul,selama mana yang mampu aku bersabar,berhabis segalanya yang termampu...hanya untuk HARIMAU MALAYA..

selagi aku hidup....aku tetap SAYANG!!

hidup mati seorang MALAYSIA..

aFiQ said...

Cool..Respect la bro~!