Thursday, January 7, 2010

Hebahan Umum


Selaras dengan kebangkitan skuad muda bolasepak kebangsaan, HARIMAUMALAYA.COM (HMC) kini juga melangkah maju setapak lagi. Untuk memastikan kejayaan yang berterusan HMC sebagai komuniti bolasepak terunggul di Malaysia dan terus kekal relevan, beberapa perancangan telah direncanakan untuk tahun 2010.

Beberapa projek yang bakal dijalankan untuk tahun 2010 tersebut termasuklah aktiviti-aktiviti yang diharapkan dapat menarik lebih ramai peminat bolasepak tempatan untuk bersama-bersama di bawah wadah dan panji perjuangan HMC untuk menyokong industri bolasepak Malaysia.

HMC dengan ini berbangga untuk mengumumkan bahawa, sebagai penghargaan kepada penyokong-penyokong bolasepak Malaysia di HMC, kad keistimewaan dan penghargaan HMCARD akan dibuka untuk penjualan kepada umum bermula Januari 2010.

Tujuan penjualan HMCARD ini adalah untuk menjana dana bagi aktiviti-aktiviti HMC, seperti projek kain rentang raksasa yang kini giat diperlengkapkan dan projek bolasepak LIGALIMA, di samping memberikan keistimewaan dan penghargaan kepada ahli-ahli HMC melalui diskaun barangan dan sebagainya. Contoh-contoh keistimewaan yang bakal dinikmati adalah diskaun bagi jersi istimewa HMC dan barangan rasmi yang lain, diskaun barangan sukan jenama terbaru yang akan diperkenalkan, diskaun tempahan gelanggang futsal dan banyak lagi keistimewaan yang akan diumumkan dari masa ke semasa.

Sehubungan dengan itu, maklumat-maklumat yang diterima daripada pemegang-pemegang HMCARD akan disimpan di pengkalan data dan digunakan sebagai ‘database’ bagi tujuan pendaftaran HMC sebagai sebuah pertubuhan atau persatuan rasmi di masa hadapan. Langkah-langkah berkaitan penubuhan ini juga kini sedang giat dijalankan.

Bagi tujuan kemudahan pengendalian penjualan dan penghantaran HMCARD ini kepada ahli-ahli HMC, Altra Et Cetera Enterprise, firma yang dikenali dengan perniagaan jersi-jersi bolasepak Malaysia melalui laman web AKUALTRA.COM, adalah dilantik sebagai wakil HMC dalam pengendalian penjualan dan penghantaran HMCARD ini.

HMCARD akan dijual secara pakej bersama baju HMC pada harga RM55 termasuk kos penghantaran dan penjualan akan dibuka secara rasmi dalam pengumuman seterusnya. Nantikan ketibaan HMCARD ini!

2 comments:

SangKunang said...

aku cari dalam forum x jumpe pun thread pasal kad nih...

macamana nak daftar weih???

aFiQ said...

ader pert
ko bkak http://www.harimaumalaya.com/forum/viewtopic.php?f=32&t=3245

tp blum bley start order lg la~