Monday, April 6, 2009

New Everton 09/10 Kit????!!!!


Adalah dikhabarkan Le Coq Sportif (LCS), label barangan sukan cap ayam yang paling terkenal di donia dari Perancis akan membekalkan Everton, jersey baru rekaan mereka untuk musim 09/10. Gambar di atas adalah dirujuk, merupakan lakaran peringkat awal tailor serta designer LCS(penjahit dan pencipta LCS). Berwarna biru adalah jersey 'Rumah Everton' (Home jersey) dan yang berwarna warni itu pula adalah jersey keluar Everton (Away Jersey).

Penulis ingin berkongsi perasaan bercampur baur penulis didalam posting ini mengenai kemungkinan jersey baru ini. Pertama kalinya, penulis ingin menyentuh mengenai pemilihan warna, corak dan rekaan bagi jersey keluar Everton, dimana bagi pengamatan penulis, adalah sedikit 'meriah'. Meriah yang penulis maksudkan adalah meriah dari segi rekaan, dan tiada kaitan dengan arnab easter ataupon telur easter, dimana garis-garis berwarna merah jambu yang diadunkan sebati dengan warna hitam meninggalkan impak yg cukup dalam bagi mana-mana mata yang melihat. Eye-catching orang putih cakap. Menarik

Namun trend jersey baru-baru ini mendedahkan, bahawa rekaan jersey yang melampau-lampau meriah, sudah outdated. Lihat sahajalah rekaan jersey baru pasukan kebangsaan England, rekaan UMBRO(pembekal jersey Everton setakat ini) yang 'simple belum classy'. Amat menakjubkan. Lihat pula kebarangkalian jersey LCS ini dipakai Everton kelak, akan menjadikan jersey Everton ini sebagai melebih-lebih pula. Kesimpulan nya, penulis sukakan Everton lekat dengan deal yang masih berjalan dengan UMBRO. Harapan penulis juga, UMBRO akan mereka jersey yang sebegitu elegan bak jersey pasukan kebangsaan England untuk Everton. Come On You Blues!Ayuh Kamu Birus!

P/S: Jersey rekaan LCS dolu-dolu pada era kegemilangan Birus dua tahun sebelum kelahiran penulis, 1986 dolu. Retro habes!



1 comment:

Unknown said...

OK la.. tapi memang sebijik macam yang lama.. Kalau dapat Nike ke Adidas ke.. tak pun Puma.. rasanya.. lebih cantik.. anyway.. jom join Malaysian_Toffees@yahoogroups.com

pgee_toffee